PERNIAGAAN sambal hitam Pahang milik Suhaida Mohd Shaukhi, 30, bermula selepas makanan itu menjadi kegemaran suaminya, Sairul Hisam Said yang menggemarinya, apatah lagi dia merupakan anak jati Temerloh, Pahang.
Bertitik tolak daripada itu, Suhaida sanggup mempelajari resipi sambal hitam bagi menambat hati suaminya mengikut resipi turun temurun keluarga mertuanya.
Namun, siapa sangka sambal hitam masakannya yang pada mulanya memenuhi selera suami kini menjadi pendapatan utama keluarganya.
Biarpun pada mulanya niat Suhaida untuk berniaga secara kecil-kecilan tidak mendapat sokongan suami kerana bimbang tiada siapa yang membeli sambal keluaran syarikat Suuci Food Industries (SFI) itu.
Dek kerana azam yang tinggi, Suhaida berjaya meyakinkan suami dan meneruskan projek membuat sambal hitam dengan menjual kepada sahabat dan jiran terdekat.
“Pada mulanya saya hanya guna lesung batu untuk proses pembuatan sambal supaya keaslian rasa dapat dikekalkan.
“Alhamdulillah, sampel yang diedarkan sebelum dibotolkan mendapat sambutan sehingga bulan pertama saya menerima tempahan sehingga 250 kilogram,” katanya.
Menurutnya, modal permulaan RM150, kini pendapatannya mencecah ribuan ringgit dengan 1,000 botol dalam tempoh seminggu.
Pada awal pemasaran, Suhaida menggunakan bekas plastik dengan harga RM7 bagi 100 gram dan tidak mengenakan cas penghantaran bagi pelanggan di luar kawasan.
“Ia merupakan taktik pemasaran bagi menarik pelanggan luar Selangor beli sambal hitam keluaran syarikat saya.
“Apabila permintaan semakin meningkat, saya berusaha mendapatkan bekalan belimbing buluh iaitu ramuan utama sambal ini sehingga ke Perak selain Pahang,” katanya.
Bina kilang pemprosesan
Jika sebelum ini Suhaida menggunakan cara tradisional untuk memproses sambal tersebut, namun bagi menampung tempahan, dia membuka kilang pemprosesan di Kampung Bukit Naga, Klang, baru-baru ini.
“Kilang ini dibina mengikut piawaian Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia agar sambal hitam dapat diproses dengan teratur dan terjamin kebersihan,” katanya.
Menurutnya, permintaan daripada wakil jualan dari serata negeri menguatkan lagi pembinaan kilang tersebut supaya dapat menampung bekalan yang meningkat.
Katanya, keistimewaan sambal keluaran SFI adalah bebas bahan pengawet dan menggunakan bahan asli sahaja.
“Saya juga mengekalkan rasa, tekstur dan kualiti yang sama seperti pada awal pembuatan sambal ini.
“Bagi ketahanan produk pula, sambal buatan SFI telah menukar pembungkusan daripada plastik kepada botol kaca supaya tahan lebih lama iaitu enam hingga lapan bulan,” katanya.
Sukar peroleh bekalan mentah
Bahan asas untuk pembuatan sambal hitam itu adalah belimbing buluh.
Namun begitu, belimbing tersebut agak sukar diperolehi dan berbuah mengikut musim tertentu sahaja. Dek kerana itu, Suhaida berhadapan dengan masalah bekalan bahan mentah.
Apatah lagi dia memerlukan belimbing buluh dalam kuantiti yang banyak bagi menampung tempahan pelanggan yang kian meningkat.
“Untuk mengatasi masalah bekalan tidak cukup, saya akan memborong belimbing dengan jumlah yang banyak,” katanya.
Menurutnya, kaedah tersebut dapat mengatasi masalah bekalan kerana belimbing yang diproses mampu bertahan lebih lama.
“Kebiasaannya, kami meraih hasil belimbing segar sehingga cukup kuota yang diperlukan pada musimnya dan proses menjadi belimbing hitam.
“Belimbing yang diproses mampu bertahan selama dua tahun tanpa mengalami kerosakan kerana ia disimpan dengan bekas khas,” katanya.
Suhaida berkata, penggunaan belimbing dalam tempoh seminggu sebanyak 100 kilogram mampu bertahan sehingga musim buah seterusnya.
Bagi pemasaran pula, Sambalegacy boleh didapati dalam portal pasar raya online dengan kadar pos yang sangat rendah.
PROFIL
Pemilik: Suhaida Mohd Shaukhi
Umur: 30
Asal: Selangor
Nama syarikat: Suuci Food Industries
Jenama: Sambal Hitam Sambalegacy
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Suami: Sairul Hisam Said
Anak: Salsabila Tihani, Amni Raudhah dan Areeq Niqriis

0 Komentar untuk " Sambalegacy lambang keazaman tinggi Suhaida "