SEDAP dan mudah disediakan menjadikan sate kebab semakin popular dan digemari pelbagai peringkat usia di negara ini. Ia dijadikan sebagai makanan alternatif kepada ibu bapa atau bujang yang mahu menyediakan juadah mudah dan cepat untuk disediakan.
Ibu bapa yang kreatif akan mempelbagaikan cara masakan sate kebab untuk menarik perhatian anak- anak mereka.
Mempunyai rasa tersendiri
Guru pra sekolah, Nurrul Zafirah Mohamad Safri berkata, sate kebab menjadi pilihan keluarganya kerana rasanya yang berlainan daripada sate biasa.
“Mempunyai tiga perisa iaitu lada hitam, pedas dan beriani, ia menjadi pilihan pelbagai peringkat umur dan bangsa. Sate kebab yang menjadi pilihan saya ialah sate kebab berperisa lada hitam.
“Apabila merasai sate kebab ini, saya akan merasai ramuan rempah yang tersendiri dan sedap. Setelah mencubanya, pastinya sesiapa sahaja akan makan secara berulang,” katanya.
Nurrul Zafirah berkata, cara menyediakan sate kebab ini mudah kerana hanya perlu panggang selama enam hingga tujuh minit.
“Sate kebab boleh dimakan dengan roti, popia dan sebagainya. Saya lebih suka makan bersama roti sebagai makanan alternatif,” katanya.
Sokong produk Industri Kecil dan Sederhana
Bagi suri rumah, Aishah Shaari, 62, sate kebab adalah produk Bumiputera dan hanya dikenali apabila ia diperkenalkan oleh anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur.
“Pada mulanya saya ragu- ragu untuk makan dan menyediakan kepada cucu- cucu saya, namun apabila merasainya, ia sedap dan mudah disediakan.
“Selalunya saya menyediakannya sebagai menu tambahan untuk sarapan pagi. Ia sedap kerana kita akan merasai rempahnya,” katanya.
Kini, setiap kali anak saya pulang ke kampung, saya akan memesannya untuk stok sebulan.
“Jiran-jiran saya juga menyukainya dan kami akan bertukar- tukar resipi berasaskan sate kebab,” katanya.
Sesuai untuk kanak-kanak
Bagi pekerja swasta Norlida Shaari, 47, sate kebab menjadi menu wajib untuk dihidangkan setiap kali mengadakan perjumpaan bersama ahli keluarganya pada setiap bulan.
"Ia menjadi makanan sampingan kepada kanak-kanak untuk menggantikan makanan lain yang tidak berkhasiat. Sate kebab ini boleh dihidangkan tanpa mengira masa dan ia dianggap sebagai penambah selera kepada sesiapa sahaja," katanya.
Tambahnya, beliau hanya membeli secara atas talian (online) produk tersebut dan ia dihantar tepat pada masanya oleh ejen yang dilantik.
"Sate kebab juga mudah disediakan, malah ianya sedap dan mengenyangkan," katanya.
Wujudkan perniagaan
Ejen peniaga Sate Kebab Akmal di bawah Premium Frozen Enterprise, Ainun Shariza Mohamad Safri berkata, dia mula mengenali sate kebab sejak tahun lalu dan pada mulanya hanya merasai dan menjadi pembeli tegar kepada bapa saudaranya.
“Beberapa bulan kemudian saya pula menjadi penjual sate kebab. Alhamdulillah, sambutan yang diterima memberangsangkan kerana ada yang membeli secara borong dan makan sendiri sahaja.
“Saya tidak menyangka sate kebab mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya di sekitar Lembah Klang. Saya menerima banyak tempahan iaitu 50 sehingga 70 paket seminggu dan dijual dengan harga RM15 sepeket yang mempunyai 20 cucuk,” katanya.
Ainun Shahriza berkata, dia mempromosikan sate kebab melalui media sosial seperti Facebook dan WhatsApp, kebanyakan pelanggannya menyukai perisa pedas dan beriani.
“Sate kebab adalah makanan sihat kerana kandungannya 80 peratus adalah isi ayam dan selebihnya adalah rempah yang digunakan,” katanya.
Tambahnya, sate kebab mudah disediakan yang boleh dimasak selama lima hingga 10 minit sahaja.
“Kebanyakan pelanggan saya sekitar Lembah Klang iaitu Ampang, Cheras, Shah Alam dan Klang,” katanya.
Menurutnya, sate kebab juga mendapat pengiktirafan Halal dan Kementerian Kesihatan, malah ia diusahakan anak tempatan yang berasal dari Kuala Selangor.

0 Komentar untuk " Sate kebab sedap, mudah disediakan "