"KAMI berniaga kerana ALLAH SWT." Itu luahan pemilik bersama syarikat Gadgets World 666, Mohd Kamarulhuda Mohd Kamal mengenai perniagaan yang 10 tahun usianya.
Perniagaan milik keluarga bermula daripada adiknya Mohd Kamarulhelmy Mohd Kamal yang berusaha melebarkan perniagaan mereka.
Mungkin tidak ramai tahu mengenai kewujudan kedai aksesori gajet ini kerana sudah terbiasa dengan tempat lebih popular.
Mengimbas saat bermula perniagaan ini, Mohd Kamarulhuda berkata, segala-galanya bermula pada ketika kafe siber begitu memuncak.
Namun, di sebalik keriuhan dan pelbagai insiden, nama Gadgets World 666 terus menjadi siulan.
Ada yang beranggapan, kalaulah dari awal mereka tahu kedai ini, sudah pasti menjadi pelanggan setia.
"Bukan senang kami nak berjaya seperti hari ini. Ramai tahu, perniagaan aksesori ni kebanyakan dimonopoli kaum lain. Tapi, kami berusaha meyakinkan bangsa sendiri, orang Melayu juga boleh berniaga aksesori...bukan semua tak boleh pakai," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Gadgets World 666 di Kota Damansara.
Menjadi matlamatnya sejak awal mendapatkan keyakinan orang Melayu bahawa peniaga Melayu boleh berjaya dan mahir mengenai teknologi maklumat.
"Bukan nak merendahkan kaum sendiri, tetapi hakikat yang pahit inilah kebenarannya.
"Sejak awal lagi, ada sahaja yang beranggapan peniaga Melayu ni 'mengelat', buta IT dan macam-macam lagi. Sedangkan, adik saya Mohd Kamarulhelmy yang menjadi pelopor, di mana dia yang mengorak langkah dalam perniagaan ini adalah graduan dalam bidang IT," katanya.
Perniagaan ini mendapat dorongan kuat dan sokongan keluarga. Bermula dengan adiknya membuka kedai kafe siber di kawasanperumahan mereka di Kampong Cheras Bharu, Kuala Lumpur dan pada masa sama turut menjual aksesori telefon bimbit di Downtown Bandar Tun Razak.
"Perniagaan di Downtown banyak memberi ilmu berniaga kepada mereka hingga dapat membuka kedai aksesori sendiri. Berniaga secara gerai dan kedai adalah dua perkara berbeza.
"Kami kutip pengalaman, ilmu dan mencuba nasib membuka kedai. Kami bekerja siang dan malam mengusahakan bisnes ini," katanya.
Mengakui bermula dengan mengambil barang-barang daripada pembekal, tetapi lama-kelamaan apabila semakin kukuh, mereka dapatkan sendiri barang dari China dengan mendaftar sebagai perniagaan borong.
"Perniagaan aksesori ini semakin mendapat sambutan baik terutama pengguna Melayu yang tercari-cari keperluan aksesori pada ketika itu.
"Adik saya jurusan komputer. Jadi peralatan atau gajet ini seolah-olah 'makanan' dia. Dia tahu mana elok dan tidak.
"Semenjak itu, kami mula mengumpul duit untuk membuka kedai aksesori di Bandar Sri Permaisuri. Dari satu lokasi ke lokasi lain, kami terus mencari tapak untuk memperluaskan bisnes ini," katanya.
Lagi diduga, boleh berjaya
Pasang surut sebagai peniaga, itulah cabaran untuk berjaya dan menambah cawangan.
"Untuk buka ibu pejabat kami di sini, pelbagai ranjau perlu ditempuh. Bukan mudah nak dapatkan tapak menyewa. Kami anggap inilah dugaan demi untuk berjaya. Kami perlu menjelaskan bayaran sewa untuk tempoh setahun.
"Kata tuan kedai, mereka takut kami tak mampu menyewa lama, kerana perniagaan begini, orang Melayu tak boleh berjaya. Jadi, kami mencari duit, dalam masa dua minggu, kami dapat sediakan jumlah sewa.
"Berkat kesungguhan dan doa keluarga, kami dapat juga bertapak di sini. Daripada menyewa satu lot kedai, kini kami menambah sebuah lagi di sebelahnya," katanya.
Tidak 'mampu' jual telefon bimbit
Jika dilihat, kedai ini hanya menawarkan aksesori. Ketika ditanya mengapa tidak menjual telefon bimbit, Mohd Kamarulhuda berkata, syarikatnya tidak mampu menjual, bukan hanya modal tinggi, malah tidak mampu bersaing.
"Modal jual telefon bimbit tinggi. Bukan ada satu, dua jenis, tetapi berpuluh-puluh.
"Untuk beli satu jenama, kena ada pengambilan minimum. Saya pernah melabur RM500,000 untuk ini. Kami hanya mampu bertahan dua bulan sahaja. Pasaran telefon bimbit sangat laju. Harga boleh turun dalam masa beberapa minggu sahaja.
"Kita nak jual murah, tak boleh, kena ikut harga pasaran. Lagipun, macam saya cakap awal-awal tadi, orang Melayu sukar membeli telefon bimbit daripada peniaga Melayu.
"Jadi, mereka beli di tempat lain. Ada pelanggan kami mengeluh beli telefon bimbit dengan harga mahal tetapi tak original," katanya.
Bantu anak muda
Dalam pada itu, ditanya mengenai kakitangan syarikatnya, Mohd Kamarulhuda berkata, kesemua pekerjanya golongan belia yang berusia 21 tahun hingga 28 tahun.
"Kami sengaja ambil mereka yang muda-muda kerana perniagaan ini dekat dengan jiwa mereka. Merekalah pengguna aksesori tegar. Jadi mereka faham dan tahu apa yang mereka jual.
"Kesemua 85 kakitangan kami adalah Melayu yang bekerja di lapan cawangan kami setakat ini," katanya.
Kesemua kakitangan ini akan bekerja mengikut syif memandangkan kedai ini diusahakan dari 10 pagi sehingga 4 pagi.
"Setakat ini, semuanya baik sahaja. Mereka suka bekerja di sini. Mereka akan diberi penerangan pelbagai aksesori dan cara kerja selama seminggu. Ada juga yang kita hantar menjaga kedai di Uptown atau Downtown, ada juga di kedai. Semuanya akan mengikut giliran," katanya.
Tambah cawangan
Mohd Kamarulhuda berkata, usaha mereka mendapat sambutan baik apabila kini Gadgets Worlds sudah mempunyai lapan cawangan serta empat lagi difrancais.
"Alhamdulillah, dalam tempoh 10 tahun ini, bisnes ini semakin berkembang. Harga kami memang murah berbanding tempat lain kerana ia dijual pada harga borong.
Ketika kunjungan Sinar Harian di premis ini, ternyata sentiasa ada pelanggan. Dengan suasana kedai yang begitu eksklusif, tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan ramai.
"Saya menekankan kepada konsep dan jenama. Saya tidak mahu orang beli produk sahaja sebaliknya mengenali jenama kami.
"Kerana itu, slogan kedai kami 'Murah... Alhamdulillah, Mahal Sabo Jela!'. Ia begitu dekat dengan pengguna di mana jika ada barangan murah, sudah pasti kami boleh bagi murah, jika memang ia mahal, terpaksalah dijual pada harga mahal juga," katanya.

0 Komentar untuk " Gadgets World 666 harungi cabaran "