Penyusutan mata wang tidak jejas eksport - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Penyusutan mata wang tidak jejas eksport

TINJAUAN Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terhadap kesan penyusutan Ringgit Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) turut melanda negara jiran, Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, tinjauan terhadap ekonomi Malaysia mendapati negara Asean lain alami masalah sama.

“Untuk lebih kompetitif, kita tidak boleh bergantung kepada mata wang sahaja dengan menghasilkan lebih banyak produk inovasi,” katanya ketika seminar Tinjauan Ekonomi dan Kesan Ketidakstabilan Kadar Pertukaran, semalam.

Beliau berkata, jika produk tempatan ditingkatkan, maka kos per unit akan menjadi lebih rendah.

Jelasnya, situasi tersebut akan menjadi lebih baik jika ia ditangani dengan bijak dan jumlah eksport pasti bertambah.

“Saya berharap negara ini menjadi salah satu pusat dagangan terpenting Asia.

“Bahkan syarikat tempatan digalak menghasilkan sebanyak mungkin produk dan perkhidmatan dieksport,” katanya.

Dzulkifli berkata, eksport negara ini ke Asia kini mencecah 25 peratus dan berharap dapat mencapai angka 30 peratus dalam jangka masa lima tahun lagi.

Dalam masa sama, beliau menjawab laporan sebuah akhbar pada Julai lalu, mengenai pengimport utama negara, China akan mengurangkan produk eksport.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata dalam tempoh Julai hingga Ogos, pertumbuhan ekonomi dilihat agak perlahan disebabkan permintaan menurun.

“Mereka kurang membuat tempahan di musim panas, namun kami jangka permintaan kembali seperti biasa penghujung tahun ini. Bagi pasaran besar seperti China, tujuh peratus adalah kadar pertumbuhan baik di negara kita,” katanya.

0 Komentar untuk " Penyusutan mata wang tidak jejas eksport "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ