Pelaburan catat peningkatan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pelaburan catat peningkatan

MALAYSIA mengalami pertumbuhan pelaburan sederhana pada separuh tahun pertama 2015 dengan jumlah diluluskan RM113.5 bilion berbanding RM112 bilion dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, nilai tersebut merupakan jumlah pelaburan yang diluluskan bersamaan 2,487 projek domestik dan antarabangsa.

“Satu perkembangan positif kerana pelaburan ini membuka peluang pekerjaan kepada 60,750 dalam sektor perkhidmatan.

“Buat masa ini, ratio pelaburan terbahagi kepada 81.1 domestik: 18.9 asing,” katanya pada sidang media mengenai prestasi pelaburan Malaysia untuk separuh pertama 2015, semalam.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pelaburan itu mewakili 54 peratus sektor perkhidmatan, 44 peratus pembuatan dan selebihnya sektor lain-lain.

“Menerusi carta pertumbuhan, pelaburan persendirian mencatatkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus dalam tempoh sama.

“Situasi ini menyaksikan ekonomi negara dalam keadaan baik dan membuktikan pelabur yakin dengan kemampuan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat 10 negeri menerajui pelaburan itu termasuk Melaka (RM6.2 bilion), Pulau Pinang (RM4.3 bilion), Selangor (RM4.2 bilion) dan Perak (RM3 bilion).

Manakala sumber pelaburan asing pula dari Asia Timur, Amerika Syarikat dan Eropah.

Mustapa berkata, pihaknya akan memperkuatkan ekosistem pelaburan terutamanya sektor pembuatan bagi memudahkan proses pertumbuhan.

0 Komentar untuk " Pelaburan catat peningkatan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ