PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan terus mempromosikan produk dan perkhidmatan tempatan di luar negara dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, selain aktiviti promosi, Matrade menyokong langkah diambil kerajaan bagi mengatasi masalah keadaan semasa.
“Saya yakin kerajaan akan mengambil langkah komprehensif bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh. Kita melihat laporan pertumbuhan ekonomi negara suku tahun kedua yang dikeluarkan baru-baru ini sebanyak 4.9 peratus.
“Bagi mencapai pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak itu adalah sukar dan angka itu adalah baik berbanding pertumbuhan di negara lain,” katanya pada Program Latihan Negara Ketiga (TCTP), Promosi Perdagangan Negara-Negara Afrika di Kuala Lumpur, kelmarin. Program TCTP dirasmikan Pengerusi Matrade, Datuk Noraini Ahmad.
Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, kerajaan akan mengambil peranan proaktif dalam menguruskan ekonomi berikutan cabaran keadaan ekonomi global dan semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, akan melibatkan pemimpin-pemimpin korporat dan mendapatkan pandangan mereka mengenai keadaan ekonomi semasa.
Dalam perkembangan yang sama, Dzulkifli menggesa syarikat Malaysia untuk mempelbagaikan pasaran mereka bagi mengurangkan kesan ringgit yang semakin lemah. Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada 4.11.
Mengulas mengenai TCTP, Dzulkifli berkata, ia menjadi platform kepada lebih 30 peserta dari Afrika berkongsi ilmu dan lawatan sambil belajar berkaitan perdagangan, eksport dan ke kilang.
“Kita berkongsi pengalaman perdagangan dan pengetahuan dalam program ini. Ia juga bertujuan mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan negara yang mengambil bahagian dari Afrika,” katanya.
Pada separuh pertama 2015, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara-negara Afrika berjumlah RM14.33 bilion, di mana eksport berjumlah RM9.38 bilion dan import berjumlah RM4.95 bilion.
Antara barangan eksport utama ke Afrika ialah minyak sawit, keluaran petroleum, makanan diproses, dan bahan kimia dan bahan kimia.

0 Komentar untuk " Terus promosi produk tempatan "