Pasar produk herba secara online - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pasar produk herba secara online



KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani mempertimbangkan memasarkan produk berasaskan herba di negara ini secara online.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebagai permulaan kementerian bercadang melakukan percubaan semasa  MYCyberSALE 2015 yang akan berlangsung akhir September depan.

“Kita hendak uji dulu cara pengendaliannya kerana ini kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MdeC). Dari situ, kita akan kembangkan seterusnya lihat kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Tahun lalu semasa masih di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, saya dapati hasil jualan terkumpul pelbagai barangan selama tiga hari dalam MYCyberSALE mencecah lebih RM60 juta,” katanya selepas lawatan kerja di Ladang Herba Belalai Gajah You Don Chau di Sendayan, Negeri Sembilan, semalam.

 Katanya, pihaknya juga mengkaji sama ada produk herba secara online perlu dipasarkan menerusi AgroBazaar atau dibangunkan sendiri.

“Perkara ini perlu dikaji teliti memandangkan jualan produk berasaskan asas tani melalui AgroBazaar hanya mampu menjana sekitar RM20,000,” katanya.

Related Post

  • Pasar produk herba secara online KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani mempertimbangkan memasarkan produk berasaskan herba di negara ini seca…
  • Rebut peluang miliki tanah pertanian AGROBANK menggalakkan lebih ramai orang awam terutama kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swas…
  • Mesin pelerai padi bantu pesawah JIKA dahulu, golongan pesawah di kawasan pedalaman terpaksa menggunakan kudrat empat kerat mereka untuk mengasingkan …
  • Nanas MD2 tanaman berkualiti SEBUT sahaja nanas pasti terbayang warnanya yang kuning serta rasanya yang masam dan manis serta kenakkannya apabila …
  • Mahu jadi pengeluar padi KOPERASI Majlis Belia Felda Malaysia Berhad (Coop MBFM) berhasrat menjadi pengeluar utama padi bagi pasaran domestik …
0 Komentar untuk " Pasar produk herba secara online "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ