JENAMA Thomas Sabo terus melebarkan sayap di negara ini dengan pembukaan cawangan terbaharu di pusat membeli belah The Gardens, Petaling Jaya.
Merupakan butik terbesar di Asia, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Laurence Lim berkata, Thomas Sabo dihiasi dengan dekorasi mewah dan eksklusif, namun masih mengekalkan harga mampu milik.
Butik eksklusif itu menawarkan pelbagai rekaan menarik khusus untuk golongan pertengahan ke atas yang menggemari konsep suai dan padan.
“Terkini, Thomas Sabo sudah mempunyai 10 cawangan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah.
“Kami merancang membuka dua lagi cawangan sama ada di Sarawak, Johor atau Genting Highland. Semuanya masih dalam perbincangan dan kami sedang meneliti lokasi sesuai,” katanya pada majlis pelancaran koleksi aksesori di sini, kelmarin.
Selain itu, butik mewah tersebut turut dibuka di dua lokasi tumpuan ramai iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.
Pada majlis sama, Thomas Sabo melancarkan empat koleksi baharu aksesori pelbagai rekaan unik sempena musim luruh dan sejuk.
Dr Laurence berkata, empat koleksi tersebut adalah Love Bridge, Glam & Soul, Karmabead dan Rebel at Heart yang direka untuk menarik pelbagai lapisan masyarakat.
“Setiap koleksi baharu pula dikeluarkan dengan pelbagai variasi rekaan lebih segar dan unik.
“Malah setiap rekaan pula diilhamkan daripada cinta dan kasih sayang manusia,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua koleksi sesuai dipakai lelaki antaranya Glam & Soul yang hanya disasarkan untuk golongan wanita memandangkan ia mengandungi aksesori seperti rantai, cincin, anting-anting dan gelang tangan.
Sementara itu, Lim berkata koleksi Love Bridge pula diilhamkan daripada jambatan cinta mempunyai keunikan tersendiri.
“Koleksi kali ini menampilkan gelang tangan yang boleh diukir dengan mesej-mesej pilihan pelanggan.
“Ianya sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada ahli keluarga dan sahabat handai,” katanya.

0 Komentar untuk " Butik terbesar di Asia "