SIAPA yang tidak pernah merasai aiskrim pelangi Paddle Pop yang sememangnya popular sejak dari dahulu lagi dek rasanya yang sedap dan berkrim.
Diinspirasikan rasa aiskrim kesukaan ramai itu, satu evolusi baharu menjadi kegilaan masyarakat kini iaitu puding atau dadih sedut.
Mungkin agak janggal sekali kerana sebelum ini puding disediakan dalam bekas plastik namun tampil dengan pelbagai perasa seperti coklat, strawberi, vanila dan sebagainya.
Namun keunikan puding sedut ini, ia hanya tampil dengan satu perisa sahaja iaitu pelangi dan kita dapat nikmati tujuh rasa dalam satu botol.
Bukan sahaja didatangi dengan rasa aiskrim Paddle Pop itu, terdapat banyak lagi perisa dijual di pasaran menerusi media sosial atau kedai-kedai berdekatan.
Biarpun berharga RM5, ia bukan sahaja memberi kenikmatan rasa aiskrim, bahkan sesuai untuk menu diet.
Sesuai untuk masalah gastrik
Diperkenalkan oleh ahli keluarga, Mohd Faris Musa menjadikan puding sedut sebagai makanan tambahan.
Kerjayanya sebagai jurugambar sentiasa sibuk dengan tugasan luar menyebabkan dia sering untuk makan.
“Adik saya memang penggemar puding sedut dan satu hari dia perkenalkan memandangkan saya sering terlepas waktu makan.
“Rasanya sangat sedap dan mengenyangkan dalam tempoh agak lama,” katanya.
Tambahan pula, dia mempunyai masalah perut dan mengalami gastrik sekiranya tidak makan mengikut masa.
Katanya, bekalan puding sedut itu sentiasa ada dalam simpanan setiap masa dan memakan dua puding botol setiap hari.
Sokong produk lokal
Bagi pelajar, Sharifah Ruzana Syed Ali, 22, amat menggemari puding sedut kerana harganya berpatutan dan variasi perisa di pasaran.
“Saya lebih menyukai perisa buah-buahan seperti mangga, strawberi, anggur dan sebagainya.
“Ia senang didapati di pasaran dan boleh dijadikan menu sihat untuk diet,” katanya.
Jelasnya, banyak produk di luar sana mengandungi bahan perasa berbahaya, namun dia yakin dengan tahap keselamatan puding sedut keluaran tempatan.
“Kita tahu produk lokal adalah terjamin selamat dan halal tanpa guna lemak haiwan terlarang.
“Lagipun ia produk tempatan dan saya sokong apa sahaja keluaran Bumiputera,” katanya.
Mudah dibawa
Sementara itu, pekerja swasta, Camelia Salleh menjadikan puding sedut sebagai snek petang.
Katanya, rasa puding sedut enak dan sesuai dijadikan menu diet sihat.
“Ia mengandungi tenusu dan perisa paling digemari adalah inspirasi Paddle Pop.
“Bahkan ia sesuai dijadikan cenderahati di majlis korporat atau perkahwinan,” katanya.
Dia berkata, inovasi kreatif itu selari dengan perkembangan teknologi dan ia didatangi pelbagai bentuk botol comel.
Tidak hanya dijual dengan harga murah, Camelia berkata orang ramai boleh memilih botol bersaiz kecil, sederhana atau besar mengikut selera masing-masing.
“Saya memilih saiz kecil kerana ia lebih senang dibawa ke mana sahaja dan boleh dimakan bila-bila masa,” katanya.
Terima 100 tempahan sehari
Bagi peniaga puding sedut itu, Rabiatul Adawiyah Daud, tidak menyangka dalam tempoh beberapa bulan sahaja dia mampu menjana pendapatan yang lumayan, biarpun pada awal kemunculan puding sedut buatannya kurang memberangsangkan kerana tidak ramai tahu kewujudannya.
“Saya memulakan perniagaan ini pada awal bulan puasa, sambutan agak kurang kerana ia masih baharu di pasaran.
“Tetapi selepas seminggu saya bermula, jualan begitu laris sehingga saya kehabisan stok serbuk puding. Begitulah penangan Cikedut,” katanya.
Tidak menyangka sambutan luar biasa, Rabiatul memberitahu, idea untuk berniaga puding tersebut bermula dengan menempah 10 botol daripada rakannya.
Terpikat dengan rasa puding itu, Rabiatul terus menghubungi pembekal puding botol tersebut untuk menjadi ejen jualan produk puding.
“Bermula satu botol, lama-kelamaan saya dapat menjual tujuh botol sehari ketika awal perniagaan.
“Sekarang saya boleh memperoleh RM500 sehari dengan 100 botol puding Cikedut sahaja,” katanya.
Rabiatul meluahkan rasa bersyukur berikutan maklum balas diterima daripada pelanggan amat memuaskan dan ramai mengulangi tempahan puding itu menerusi laman sosial, Facebook.

0 Komentar untuk " Evolusi puding sedut "