MERANGKAK, bertatih, berjalan dan akhirnya berlari, itulah gambaran realiti yang dilalui Pengarah The Cataloque Vendor Concept Store, Mohamad Faiz Arman yang bijak mengatur strategi perniagaannya.
Jika dahulu, tidak ramai mengenali nama The Cataloque Kuala Lumpur (TCKL), iaitu kedai dalam talian (online) yang menjual pelbagai jenis pakaian lelaki termasuk kanak-kanak.
Sejak ditubuhkan, TCKL kini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.
Menurutnya, perniagaan online dikendalikannya secara suka- suka pada 2012 kerana melihat trend pakaian Islamik mempunyai potensi cerah, kini dianggap anak kecilnya.
“Saya nekad menjual jubah jenama Lawung yang dilihat lebih trend kerana kebanyakan masyarakat pada masa itu melihat jubah hanya untuk ustaz-ustaz sahaja. Jubah jenama Lawung mempunyai ramai peminat.
“Saya mula menjual secara online dengan mempromosikan melalui media sosial. Alhamdulillah, sambutan yang diterima memberangsangkan,” katanya yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tinggalkan dunia fotografi
Mohamad Faiz berkata, sebelum menjalankan perniagaan pakaian, dia terlebih dahulu terlibat dalam bidang fotografi.
“Saya mula terlibat dalam bidang fotografi ketika belajar tahun dua di UIAM untuk mencari pengalaman dan duit poket sendiri. Saya menjadikan bidang fotografi sebagai sumber pendapatan dengan mengambil pelbagai jenis gambar di samping membantu perniagaan abang
yang mempunyai studio gambar sendiri,” katanya.
Pada masa yang sama, Mohamad Faiz juga terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan antaranya menjual gajet, makanan kesihatan, makanan tambahan kanak-kanak dan menyediakan rawatan mata serta resdung.
“Ketika itu, saya mengendalikan lebih 10 laman Facebook. Alhamdulillah, sambutan diterima menggalakkan bagi setiap Facebook itu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, dia perlu memilih satu perniagaan dilihat berpotensi besar dan boleh berkembang.
“Tanpa membuang masa, saya mengambil keputusan berniaga jubah dengan bermodalkan RM14,000 secara online,” katanya yang mendapat sokongan padu daripada ibunya, Musriah Kassan Ali.
Realisasikan impian sendiri
Kini, Mohamad Faiz boleh tersenyum kerana kewujudan TCKL bukan sahaja sebagai butik dalam alam maya, malah direalisasikan impiannya untuk membuka sebuah butik di dunia realiti.
“Saya melakukan perancangan yang teliti untuk merealisasikan pembukaan butik vendor ini. Saya tekad mengambil risiko membuka butik vendor tanpa sebarang pinjaman daripada bank dan berbekalkan modal sendiri RM50,000 hasil keuntungan perniagaan online,” katanya.
Menurutnya, pemilihan lokasi butik itu diambil kira dan butik tersebut terletak di TTDI Jaya Shah Alam.
“Alhamdulillah, berkonsepkan butik vendor yang menempatkan lebih 30 peniaga online memberikan tawaran terbaik kepada pengunjung dengan pelbagai barangan antaranya pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, produk kesihatan dan penjagaan diri, perhiasan diri,
selendang, tudung, makanan ringan dan kraf tangan,” katanya yang merupakan bapa kepada Muhammad Hariz Mikael.
Jualan di luar jangkaan
Tidak mudah menguruskan perniagaan sendiri kerana dalam masa yang sama, Mohamad Faiz juga perlu membantu ibunya menguruskan Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Faizeen, Kota Damansara.
“Saya membahagikan masa dengan sebaiknya untuk menguruskan butik dan meminta bantuan pekerja sekiranya saya tidak dapat datang. Saya menjaga akaun syarikat,” katanya.
Katanya, jualan di butiknya memberangsangkan sejak dibuka akhir 2014 dan sekiranya beliau mengadakan jualan istimewa, jualan di butik dan online mencecah RM80,000.
“Alhamdulillah, namun saya perlu merencanakan perniagaan ini dengan mereka jubah mengikut trend semasa. Saya mempunyai pereka fesyen sendiri,” katanya.
Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan, Mohamad Faiz akan menyertai pelbagai seminar yang diadakan dalam negara.
“Saya masih ingat, pesanan mentor saya, untuk terus kekal dalam perniagaan, bahasa yang digunakan untuk melayan pelanggan bukanlah bahasa pasar tetapi menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami,” katanya.
Tanpa berselindung, Mohamad Faiz mengakui tidak terlepas menghadapi cabaran dalam menguruskan perniagaannya, namun beliau tabah menghadapinya kerana mahu perniagaan tersebut diteruskan dan dikukuhkan.
Antara usahawan online yang terdapat di butik vendornya ialah Pretty By Saffiya, Ezza Couture, Cahaya Tasnim dan ButtonCandynanalin.
Jujur dan bekerja keras
Mohamad Faiz berkata, prinsip yang dipegangnya selama ini adalah jujur dan sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dihajati.
“Alhamdulillah, sepanjang saya menjalankan perniagaan sama ada di online dan butik vendor, saya tidak ditipu pelanggan terutamanya dalam hal pembayaran,” katanya.
Jelasnya, setelah mempunyai butik vendor, pelanggannya lebih suka berkunjung ke butik berbanding membeli secara atas talian.
Beliau bijak merencanakan perniagaannya apabila mahu membuka konsep stor sendiri dalam masa tiga tahun akan datang.
“Saya mahu mempunyai konsep stor sendiri untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan mendapatkan produk yang mereka mahukan. Saya mendapat respons yang positif daripada pelanggan apabila sentiasa bertanya di mana butik untuk mendapatkan produk saya.
“Saya juga akan membuka cawangan baharu The Cataloque di Bangi untuk memudahkan pelanggan yang berada di kawasan sekitar,” katanya.

0 Komentar untuk " Mohamad Faiz gigih kembang TCKL "