KENANGAN mengusik jiwa. Itu judul lagu 1960-an dendangan Allahyarham A Ramlie, tetapi barangkali sesuai untuk menggambarkan perasaan apabila menghadiri majlis reunion, tak kira dengan rakan sekolah atau tempat kerja.
Saya juga berpeluang menghadiri majlis seperti itu pada 2 Ogos lalu bersama lebih 160 rakan yang pernah bertugas di Jabatan Keselamatan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bermula 1970.
Apabila lama tak jumpa, tentu sekali tiga jam yang dijadualkan penganjur untuk majlis bersejarah seperti itu tidak memadai.
Apa lagi untuk majlis reunion malam Isnin lalu yang dibuat untuk kali ketiga dalam tempoh 45 tahun.
Bayangkan peristiwa-peristiwa yang menjadi nostalgia yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan yang setengahnya sudah tidak berjumpa antara satu sama lain dalam tempoh yang sangat panjang.
Tidak keterlaluan saya katakan masing-masing mungkin rasa seperti selebriti apabila namanya bergaung dilaungkan oleh rakan-rakan sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan majlis yang diadakan di Hotel Cristal Crown, Pelabuhan Klang.
Sebut Port Klang, saya ingin cerita sekali imbas mengenainya.
Port Klang adalah Port Swettenham hingga Julai 1972, mempunyai pelabuhan terbesar di Malaysia dan pelabuhan kontena ke-12 paling sibuk di dunia.
Itulah tempat pertama paling jauh saya sampai dan bertugas di luar Pulau Pinang, negeri kelahiran saya.
Jelas apabila ke majlis seperti itu, anda segera sedar bahawa anda sudah berubah, sudah memasuki ‘zon umur bonus’, wajah berubah walaupun kawan-kawan menyedapkan hati anda dengan mengatakan kononnya anda masih kacak seperti dahulu.
Betul ada yang masih boleh anda kenal, tapi kulit tidaklah selicin dahulu, rambut banyak sudah beruban, gigi pun ada yang gugur dan bergerak tidak secergas dahulu.
Bekas bos kami, Tuan Mat, umpamanya. Dahulu tegap, lantang dan garang. Kami kecut apabila beliau muncul kerana bagi beliau, kalau anda buat silap sikit, seperti lambat masuk barisan kawat, ‘tiada maaf bagimu’; jawabnya anda kena hukum lari keliling berek lima enam pusingan.
Tapi, pada malam majlis reunion itu, ramai bagaikan tidak percaya melihat perubahan pada diri Tuan Mat.
Beliau kini terlalu kurus, bercakap seperti berbisik dan bibirnya sentiasa mengukir senyuman. Mereka yang hadir suka padanya.
Beberapa rakan yang diberi tiga minit untuk berucap, mengambil peluang meluahkan apa yang dipendamkan selama bertahun-tahun tanpa tapis-tapis lagi.
Beberapa pembantu keselamatan yang dahulunya marah kepada dua tiga orang penolong pegawai keselamatan dan pegawai keselamatan kerana 'suka' tangkap mereka yang curi tulang - tidur dalam surau, gudang atau kontena waktu bertugas - kini sudah ‘maafkan’ bos-bos mereka itu, bahkan jadi kawan lagi. Kata orang putih, time heals the wound (masa mengubati luka).
Hari ini kedudukan berbeza. Ada yang dahulu jaga pintu dan gudang, kini, antara lain, jadi orang bisnes, pegawai kanan agensi kerajaan dan swasta, peguam, majistret, pegawai tentera dan polis, dan orang politik. Ramai juga pilih untuk tidak mahu bekerja lagi, bahkan jadi imam atau bilal.
Maka, sahihlah reunion malam Isnin lalu, sesuai dengan slogannya ‘Bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH’ itu mencapai maksudnya.
Sesuai dengan suasana Aidilfitri, masing-masing, dengan genangan air mata, berpelukan dan bermaaf-maafan di penghujung majlis dengan penuh kemesraan dan persaudaraan, berkongsi doa dan harapan agar dipanjangkan usia dan diberi peluang untuk bertemu lagi.
Alhamdulillah, apabila kita sedar kejayaan sebenar bukan terletak pada usaha mengumpulkan harta, kuasa atau pangkat, tetapi bergantung kepada sejauh mana kita taat perintah ALLAH, mengikut cara yang ditunjukkan Rasulullah SAW.
Bukankah firaun yang sombong dengan kuasa, menterinya Haman yang gila pangkat dan Qarun yang gelojoh mengumpul harta, binasa serta diketuk umat selama-lamanya?
Di majlis itu, ramai yang suarakan supaya reunion seperti ini dianjurkan lebih kerap bagi mengukuhkan lagi perhubungan kita.
Saya risik-risik, daripada lebih 300 kakitangan Jabatan Keselamatan LPK, kira-kira 50 sudah kembali ke rahmatullah. Moga-moga rakan-rakan kami yang pergi lebih awal itu dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama mereka yang solih. Aamiin!
Maka, tiada diragui, setinggi mana pencapaian di dunia, hakikatnya tiada yang akan tongkat langit. Mati itu satu kepastian.
Saya juga akan turuti mereka. Apakah amalan yang mampu saya bawa untuk saya bentang di hadapan ALLAH?

0 Komentar untuk " Moga panjang umur dan jumpa lagi "