‘SINAR’ ini ialah satu-satunya akhbar yang ‘consciientious’ (istilah Inggeris ini tidak ada dalam bahasa Melayu tetapi bererti prihatin, tepat dan teliti). Beberapa hari selepas diberhentikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) terpampang di muka hadapan akhbar ini bersama-sama dengan Sultan dan Permaisuri Johor, Tengku Mahkota Johor, Menteri Besar Johor di samping isteri TSMY.
Menurut perbilangan Inggeris, ‘sebuah gambar bercerita seribu perkataan’. Itulah hakikatnya. Secara lurus, 1,000 perkataan ialah lebih kurang sama panjang dengan tulisan ini. Justeru ceritanya agak panjang. Atas asas prihatin, kebanyakan jika tidak semua ahli dan pemerhati politik faham bahawa faktor Johor dalam percaturan politik Umno adalah amat kental.
‘Simpanan tetap’ (FD) Barisan Nasional’ bukan saja di Sabah dan Sarawak, malah di negeri di selatan semenanjung ini. Apabila pengertian ini ditambahkan dengan fakta bahawa Umno dilahirkan di Istana Johor, maka pengertiannya mempunyai dimensi yang amat luas. Dulu, apabila Umno berpecah akibat perlawanan tim A dan B pada tahun 1987, Johor lantang dengan sikap bebasnya.
Tan Sri Shahrir Samad, seorang kuat Tun Musa Hitam yang sudah melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri, sanggup meletakkan jawatan Ahli Parlimen, bertanding semula dengan lambang ‘kunci’ lalu mengalahkan calon Umno.
Sejarah menyaksikan satu jangka waktu yang agak rumit dan panjang untuk Johor kembali semula ke pangkuan Umno, sedangkan Tun Hussein Onn, satu-satunya Perdana Menteri dari Johor, berpulang ke Rahmatullah ketika berada di luar Umno. Perbezaannya ialah Umno Johor waktu itu jelas sekali berpecah.
Meskipun Tun Musa mempunyai sokongan kuat, namun sokongan itu tidak mutlak kerana adanya pihak yang menyokong Dr Mahathir Mohamad yang ditentang oleh Musa. Sebaliknya kini, perpisahan begitu tidak ada dalam Umno Johor. A dan B tidak ada. Yang tinggal ialah – saya ulangi – faktor Johor.
Bertolak dari situ, pada Rabu lepas, 15 soalan yang dikemukakan oleh satu pihak dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan telus dan nyata berkenaan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib tersiar begitu persis.
Pertanyaan-pertanyaan itu berimplikasi kepada integriti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tidakkah BNM tahu pergerakan wang sejumlah itu? Tidakkah LHDN tergiur dengan prospek mengutip cukai dari ‘bilion-bilion’ itu?
Salah satu prinsip penyebaran maklumat ialah dengan cara mengulanginya. Ini menjadi prinsip pengiklanan dan penyiaran berita di TV dan radio. Atas landasan begitu, bukan menjadi tujuan saya hendak menyimpulkan bahawa gara-gara 1MDB ini sama dengan skandal Watergate, yang perihalnya sentiasa diulang-ulangkan, yang menjatuhkan Presiden US Richard Nixon tahun 1974.
Menurut ukuran jumlah undi yang didapati dalam Pilihan Raya Presiden 1972, Nixon ialah presiden paling popular. Hanya Massachusetts, sebuah negeri kecil, dan Washington D.C., sebuah wilayah persekutuan, dari 50 buah negeri US yang tidak memilihnya. Namun satu jenayah kecil meragutnya dari kerusi paling berkuasa dalam dunia.
Masalah Nixon bermula apabila pekerja-pekerja partinya, Republikan, tertangkap ketika menggeledah untuk mendapat maklumat di pejabat parti lawan, Demokrat, di kompleks Watergate, tanpa pengetahuan beliau. Dia tidak sampai hati serah mereka kepada polis, sebaliknya cuba melindungi. Usaha media dan aktivis untuk membongkar kejadian itu menghadapi tentangan daripada FBI dan CIA, atas arahan grup di bawah presiden.
Rakaman perbualan Nixon di pejabatnya di White House menjadi kunci untuk mengetahui sama ada beliau diberitahu tentang penggeledahan di Watergate itu, dan jika beliau tahu, kenapa tidak dilaporkan. Adanya unsur ini menjadikannya satu jenayah ‘cover-up’ atau ‘menutup jenayah’.
Akhirnya Nixon akur kepada perintah Mahkamah Agong dan Dewan Rakyat menyerahkan rakaman itu. Yang lainnya sudah menjadi sejarah, dan Nixon satu-satunya presiden paling popular tetapi jatuh kerana silap tidak melaporkan anak buahnya menggeledah pejabat parti lawan untuk mendapatkan maklumat, bukan wang.
Salah satu insiden yang menggoncang bumi dalam proses itu ialah ‘Saturday Night Massacre’ atau ‘Pembunuhan Beramai-ramai Malam Sabtu’ apabila peguam negara, pendakwa khas dan beberapa penjawat penting dalam jabatan kehakiman tersingkir kerana keghairahan mereka ‘mengejar’ Presiden. Segalanya itu terlipat dalam sejarah.
“Mereka yang lupa sejarah dilaknati akan mengulangi sejarah,” kata George Santayana, ahli falsafah besar Sepanyol.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Laknat diri terlupa sejarah "