Kerajaan terus bantu Bumiputera - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kerajaan terus bantu Bumiputera

KERAJAAN akan terus memberi fokus terhadap usaha membangunkan dan membantu usahawan Bumiputera di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan meneruskan dasar ‘carve out’ yang memberi sebahagian kontrak besar untuk usahawan Bumiputera.

“Sekarang, semua projek besar mesti ada dasar ‘carve out’. Sebagai contoh, dalam projek Mass Rapid Transit (MRT), kita telah laksanakan apabila 48 peratus daripada projek tersebut dikhaskan kepada syarikat Bumiputera.

“Bagaimanapun, untuk syarikat yang bukan Bumiputera pun boleh bersaing,” katanya pada Majlis Makan Malam Perdana 2015 anjuran Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) dan Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis itu bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali-22 PPIPBM.

Najib berkata, kerajaan komited untuk terus menjadikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera sebagai agenda nasional menerusi pelaksanaan pelbagai program.

Beliau berkata, antara cabang penting dalam mengukuhkan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah pembangunan vendor Bumiputera yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan Bumiputera.

“Pelbagai langkah akan terus diambil kerajaan dan saya sendiri akan mengemudi jentera bagi mencapai objektif ini melalui Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang bersidang setiap bulan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan usahawan Bumiputera bagi mencari formula jangka panjang terbaik untuk meningkatkan kesinambungan usahawan tersebut.

Dalam majlis sama, Najib turut melancarkan Koperasi PPIPBM yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan ahli dan menyediakan perkhidmatan atau produk yang memberikan pulangan kepada ahlinya.

Related Post

  • Korban kerjaya demi kedai dobi BUKAN mudah membuat keputusan menukar haluan daripada berada di zon selesa ke fasa baharu yang belum tentu masa hadap…
  • Sabun khas cuci tudung BERMULA dengan membuka perniagaan dobi, kemudiannya menghasilkan sabun pencuci jenama sendiri, kini MyHomme Biotech M…
  • Chalk Art imbau zaman sekolah SUATU ketika dahulu penggunaan kapur dan papan hitam hanya boleh dilihat ketika di sekolah sahaja. Malah mungkin ada…
  • Werda keluar pakaian Muslimah OMG Kreatif Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Syarikat Wakaf Enterprise, mengeluarkan jenama pakaian Muslimah terbaru, …
  • Elynn nekad jadi usahawan berjaya TRADISI potong atau makan kek pada hari istimewa telah menggantikan era pulut kuning kira-kira 10 tahun lalu. Memoto…
0 Komentar untuk " Kerajaan terus bantu Bumiputera "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ