PERSATUAN Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) bakal memasarkan produk daripada sektor minyak dan gas (O&G) sektor elektrik dan elektronik (E&E) ke Timur Tengah, pada masa akan datang.
Presidennya, Datuk Ab Rahim Abu Bakar berkata, sejak persatuan itu meneroka pasaran negara tersebut pada 2011, banyak produk makanan dan minuman (F&B) serta perkhidmatan sudah dieksport ke Timur Tengah.
Katanya, antara produk yang menembusi pasaran negara itu termasuklah roti boom dan roti canai.
“Tumpuan banyak diberikan di negara Timur Tengah kerana produk kita diterima baik di sana. Untuk bawa masuk produk baharu ke negara itu, kami perlu memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
“Sebelum ini, untuk produk berteknologi, masyarakat di sana sudah biasa dengan produk dari negara Eropah. Bila produk kita hendak memasuki pasaran negara itu, mereka boleh terima, cuma hendak lihat kualiti barangan kita,” katanya.
Menurutnya, PPIPBM menyasarkan mencapai jumlah dagangan sebanyak RM1.5 bilion hasil eksport produk ke Timur Tengah.
“Setakat Julai ini, nilai dagangan eksport telah mencecah RM730 juta dan kebanyakannya disumbangkan oleh industri F&B,” katanya.
Beliau berkata, tahun depan, PPIPBM merancang meneroka pasaran di benua Afrika.
“Dari segi produk yang akan dibawa masuk ke benua Afrika, kami masih membuat kajian produk yang sesuai supaya ia diterima baik oleh masyarakat di negara terlibat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, PPIPBM komited untuk mencapai sasaran melahirkan 25 usahawan Bumiputera baharu pada tahun ini dengan menerusi program pembangunan usahawan.
“Kita akan memberi bimbingan dan latihan kepada mereka serta membantu mereka mencari pasaran. Kami akan membimbing mereka sehingga berjaya,” katanya.

0 Komentar untuk " Fokus eksport ke Timur Tengah "