Jumlah pelancong merosot - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jumlah pelancong merosot

KEJATUHAN ringgit dilihat bakal menggugat semua sektor perniagaan dan perkhidmatan, termasuklah sektor pelancongan.

Biarpun ramai yang menjangkakan penyusutan ringgit bakal menarik pelabur dan pelancong asing, namun perkara itu dilihat sebaliknya.

Menerusi statistik yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan (Tourism Malaysia) mendapati jumlah pelancong asing ke negara ini merosot berbanding tahun lalu pada tiga bulan pertama (Januari hingga Mac) sebanyak 8.6 peratus iaitu 7,091,433 kepada 6,482,696 orang.

Negara jiran, Singapura mencatatkan kemasukan pelancong tertinggi di antara 46 buah negara pada tahun lalu, 3,548,301 namun mengalami penurunan 8.6 peratus iaitu 3,241,651.

Manakala Laos merupakan negara paling tinggi kemerosotan sehingga 49.7 peratus dari 8,617 kepada 4,336 orang berbanding Indonesia hanya 0.8 peratus sahaja menurun daripada 676,328 kepada 671,211 orang.

Tetapi, terdapat lapan negara yang memeriahkan industri pelancongan tempatan dan jumlah pelancong dari Brunei, India, Korea Selatan, Nepal, Iran, Pakistan, Rusia dan Sepanyol dilihat tidak terjejas dengan situasi itu.

Bagi Nepal pula, jumlah pelancong dari negara tersebut meningkat paling tinggi sebanyak 14.6 peratus daripada 41,202 kepada 47,235 orang.

Sementara itu, Kemboja pula berada di kedudukan terbawah dengan kadar peningkatan sebanyak 0.8 peratus iaitu 16,616 kepada 16,756 orang.

Biarpun China mengalami penurunan pelancong sebanyak 27.1 peratus iaitu 520,466 kepada 379,265 orang, namun negara itu kekal di tangga ketiga tertinggi jumlah pelawat.

Diikuti Thailand yang berada tempat keempat turut mengalami penurunan sebanyak 6.6 peratus iaitu 333,131 kepada 311,064 orang.

0 Komentar untuk " Jumlah pelancong merosot "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ