Perodua perkenal UFirst - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perodua perkenal UFirst



PERUSAHAAN Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), memperkenalkan program kesetiaan pelanggan terbaharunya, UFirst yang berfungsi secara menyeluruh dalam beri ganjaran pembelian untuk semua produk, perkhidmatan dan acara rasmi Perodua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, segmen kesetiaan pelanggan itu merupakan platform disediakan Perodua untuk menawarkan program dan perkhidmatan terbaik serta menghargai semua pelanggan.

Menurutnya, UFirst akan menjadi wakil Perodua membuktikan komitmen syarikat dalam menjadikan keperluan dan kehendak pelanggan merupakan perkara paling penting untuk mengukuhkan hubungan lebih baik antara kedua-dua pihak.

“Untuk menjadi sebahagian daripada program ini, pelanggan perlu mendaftar di laman web Perodua untuk mereka mengumpul mata dan kemudian menebus barang dan perkhidmatan di samping berpeluang menyertai peraduan yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Tidak seperti program kesetiaan pelanggan yang lain, beliau berkata, UFirst mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang berumur 18 tahun dan ke atas, sama ada memiliki kenderaan keluaran Perodua ataupun tidak.

Selain itu, Perodua turut melancarkan aplikasi mudah alih pada September ini akan digunakan bagi menjejaki mata terkumpul dan memberi makluman mengenai tawaran, tip permotoran di samping bantuan semasa kecemasan.

Antara aktiviti pertama yang akan dilaksanakan bagi program UFirst adalah pemanduan mencabar ke ladang pertanian di Kluang, Johor pada 3 hingga 4 Oktober ini.

“Peserta akan menikmati pakej bernilai RM408 dengan yuran penyertaan minimum sekurang-kurangnya RM108 dan berpeluang memenangi wang tunai serta pelbagai barang menarik.

“Orang ramai yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada program kesetiaan pelanggan UFirst itu digalakkan untuk melayari laman web Perodua ataupun laman sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut,” katanya.

0 Komentar untuk " Perodua perkenal UFirst "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ