PAGI semalam, ketika rencana ini ditulis, Ringgit Malaysia mencecah kepada 4.0060 bagi setiap Dolar Amerika Syarikat (AS). Ini kejatuhan nilai paling rendah yang menimpa duit kita sejak krisis kewangan Asia pada 1997.
Sebenarnya RM pernah jatuh paling teruk @ 4.7125 bagi setiap dolar pada 9 Januari 1998, yang akhirnya memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) mengapungkan duit kita pada 3.80 berbanding dolar.
Pakar ekonomi memberi berbagai-bagai faktor menjunam teruk duit kita – sekarang semua orang hendak jadi pakar ekonomi! Antaranya ialah kejatuhan harga minyak dunia, merosotnya harga komoditi utama negara dan lain-lain.
Ada juga yang kata nilai RM susut sebab faktor dalaman, termasuk keadaan politik tidak menentu, korupsi berleluasa, kehilangan keyakinan pelabur asing, isu 1MDB, Umno, dan bla, bla, bla.
Tetapi, ada juga yang memberitahu, bukan ringgit sahaja yang ciput berbanding Dolar Amerika. Rupiah Indonesia merosot 51 peratus berbanding dolar, Rupee India (38%), Dolar Australia (24%), Euro (20%), Baht Thailand (10%)
Saya tidak belajar ekonomi. Sebagai rakyat biasa, saya sama seperti berjuta-juta orang rakyat negara ini, berasa bimbang sebab pasti akan terbeban juga – langsung atau tidak langsung – dengan jatuhnya ringgit.
Semenjak dua menjak ini pun terasa sangat kecilnya duit kita. Tidak macam zaman kanak-kanak dulu, bawa 10 sen ke sekolah cukup untuk makan kenyang di kantin. Waktu itu dia orang kata syiling 5 sen besar macam roda kereta lembu!
Maka rata-rata rakyat – baik pekerja biasa hingga yang bergaji RM ribu-ribu – semua gundah-gulana dan bermuram durja sebab ringgit mencecah paras 4.0. Malah, ada kebimbangan bahawa duit berwajah DYMM Agong itu boleh mencecah 5.0.
Saya ingat hanya Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang tidak bermuram durja, malah ‘bergumbira’ dengan kejatuhan nilai duit kita. Ada sebab untuk menteri pelancongan dan kebudayaan itu berlapang dada.
Katanya, apabila duit kita rendah pelancong asing akan lebih bertumpu ke tempat kita. Orang kita pula tidak akan bercuti ke London, sebaliknya akan makan angin di dalam negeri. Duit kita tidak mengalir ke luar kerana melancong, sebaliknya pertukaran asing akan meningkat dengan kedatangan pelawat asing.
Mudah-mudahan sasaran kementerian untuk kedatangan 28 juta pelancong ke negara kita tahun ini akan tercapai. Seperti dilaporkan setakat suku pertama tahun ini sebanyak tujuh juta kedatangan pelancong asing telah direkodkan.
Ringgit jatuh dengan sendirinya barangan import akan naik. Maka kita kena menukar selera. Kalau sebelum ini kita makan angin ke London, Paris, Amsterdam, Milan, kini tukar berlibur dalam negeri.
Semoga mereka yang selalu megah sangat dengan gambar-gambar selfie di Eiffel Tower (Paris) boleh bertukar kepada Menara Kuala Lumpur atau Menara Berkembar Petronas.
Mereka yang selalu bangga berbikini menjemur tubuh di pantai Monica Bay di California, kini biasakan diri untuk berkemban atau berkain sarung sambil menikmati keindahan Pantai Teluk Mok Nik di Kemaman, Terengganu.
Ada sekian banyak tempat menarik di seluruh negara – dari Perlis hingga ke Sabah – untuk dikunjungi. Ada bagus juga duit jatuh sebab kita boleh mengenal tempat sendiri dan menjayakan program ‘Cuti-Cuti Malaysia’.
Musim RM jatuh kita patut utamakan barangan buatan tempatan. Jangan megah sangat dengan jenama-jenama luar negara – Louis Vuitton, Birkin, Chanel, Prada dan lain-lain. Belajarlah untuk membeli beg tangan ‘cap ayam’ buatan tempatan.
Kasut jenama antarabangsa yang selalu diuar-uarkan menerusi iklan pun kita jangan beli, sebaliknya tukar kepada kasut jenama tempatan yang mutunya tidak kurang, walaupun hanya ‘cap kapak’ atau ‘cap gajah’. Banggalah dengan cap sendiri, jangan asyik mengagungkan cap orang lain.
Hatta, makanan luar negara – dalam tin, dalam botol, atau dalam pakej khas – kita ketepikan dulu. Tukar kepada lempeng kelapa, ayam golek, ikan keli panggang. Jangan megah sangat dengan nasi Arab, beralihlah kepada nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak.
Mereka yang selalu megah dengan buah-buahan luar negara – epal, pear, anggur, oren dari California, dan lain-lain – elok bertukar kepada buah-buahan tempatan seperti mempelam, jambu batu, ciku, kundur. Ini musim RM jatuh meleset, makanlah buah sendiri!

0 Komentar untuk " Jom pakat makan buah sendiri "