Ini berikutan keputusan kewangan Petronas bagi suku kedua 2015 menunjukkan penurunan keuntungan bersih syarikat tersebut jatuh sebanyak 47 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Petronas akan meneruskan pembayaran dividen berjumlah RM26 bilion untuk tahun ini kepada kerajaan seperti yang dirancang sebelum ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, jumlah RM26 bilion dividen yang dibayar Petronas kepada kerajaan tahun ini diambil daripada 50 hingga 60 peratus keuntungan syarikat tahun lalu dan dari pandangan kerajaan dan juga pemegang saham ia adalah munasabah,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi suku kedua 2015 di Kuala Lumpur, semalam.
Tetapi untuk bayaran dividen tahun hadapan kepada kerajaan, Wan Zulkiflee berkata, Petronas mungkin akan menyemak semula memandangkan ketidaktentuan harga minyak dunia dan ekonomi semasa 2015.
Tahun lalu, Petronas mencatat peningkatan perolehan syarikat sebanyak empat peratus bernilai RM329.1 bilion bagi 2014 berbanding RM317.3 bilion pada 2013.
Tetapi malangnya, keuntungan bersih syarikat tersebut menyusut sebanyak 27 peratus daripada RM65.6 bilion bagi 2013 kepada RM47.6 bilion pada 2014.
Menyentuh mengenai penurunan harga minyak dunia bagi separuh kedua, Wan Zulkiflee berkata, ia akan terus menerima tekanan daripada faktor luar.
Menurut Wan Zulkiflee, prestasi kewangan Petronas bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2015, Petronas memperoleh RM11.1 bilion bagi keuntungan selepas cukai, hasil daripada perolehan berjumlah RM61 bilion bagi suku kedua 2015.
“Masing-masing mencatatkan penurunan tiga peratus dan tujuh peratus bagi tempoh sama tahun lalu yang disebabkan harga dan jumlah Gas Asli Cecair (LNG) yang rendah,” katanya.
Wan Zulkiflee berkata, penurunan keuntungan dan perolehan tersebut diimbangi tiga faktor utama iaitu keberkesanan operasi yang lebih baik, harga semasa minyak mentah Brent meningkat 15 peratus kepada RM252.79 setong berbanding suku sebelumnya dan margin penapisan yang kukuh.
0 Komentar untuk " Jangan harap keuntungan Petronas "