KUALA LUMPUR: Bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) berpotensi merapatkan jurang ekonomi abad ke-21 di rantau Asia Pasifik. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata TVET adalah strategi berkesan mengatasi perbezaan dalam pertumbuhan pendapatan antara golongan kaya dan miskin. "Sejak 30 tahun lalu, pasaran dan ekonomi di seluruh dunia menjadi lebih bersepadu dan saling bergantung. "Perubahan dalam amalan perniagaan dan teknologi sentiasa berkembang, sekali gus mewujudkan permintaan untuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan baharu. "Selaras trend semasa, strategi inovatif untuk pembangunan kemahiran perlu digubal bagi memastikan fungsinya untuk generasi masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada hari kedua Persidangan Asia Pasifik Bagi Pendidikan dan Latihan (ACET) 2015 di sini, hari ini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72314
0 Komentar untuk " Bidang teknik, vokasional berpotensi rapatkan jurang ekonomi "