BANK Rakyat melancarkan aplikasi telefon pintar berasaskan sistem pengoperasian android, ‘TouchStyle’ bagi melebarkan pasaran dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perbankan.
Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak berkata, Bank Rakyat membuat pelaburan sebanyak RM270,000 bagi membangunkan aplikasi tersebut.
“Kami membangunkan aplikasi ini sejak tiga bulan lalu bagi memudahkan pelanggan atau orang ramai mendapatkan informasi mengenai produk dan perkhidmatan Bank Rakyat.
“Ia bukan sahaja boleh dimuat turun oleh pelanggan Bank Rakyat, tetapi sesiapa sahaja termasuk pelajar. Ini membolehkan pelajar boleh belajar bagaimana urus simpanan dengan sasaran tahun tertentu,” katanya pada Majlis Pelancaran ‘TouchStyle’ di Kuala Lumpur, kelmarin.
Mustafha berkata, Bank Rakyat menyasarkan seramai 300,000 pengguna akan memuat turun aplikasi baharu itu menjelang hujung tahun ini.
“Sejak dilancarkan pagi tadi (semalam), seramai 4,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini iaitu 2,000 daripada mereka memuat turun menerusi iPhone, manakala selebihnya pula melalui Android,” katanya.
Beliau optimis, pelancaran aplikasi baharu itu bakal meningkatkan jumlah pelanggannya sebanyak 10 peratus setahun terutamanya Gen Y.
Mustafha berkata, Bank Rakyat yakin prestasi separuh masa kedua tahun ini kekal kukuh berdasarkan pencapaiannya pada suku pertama.
Pengguna sistem operasi Android boleh memuat turun aplikasi ini dari ‘Play Store’, manakala ‘App Store’ untuk sistem operasi iOS.
‘TouchStyle’ merupakan aplikasi berdasar prinsip syariah menemui pengguna sejak hujung Mei lalu.

0 Komentar untuk " Bank Rakyat perkenal aplikasi perbankan mudah "