MESKIPUN bersemangat menyambut kemerdekaan kali ke-58, seluruh negara kini diselimuti seribu kabut dan sejuta kemuraman. Sana-sini berkabus kelabu, semua tidak menentu.
Ringgit menjunam ke paras paling rendah, pemimpin kata ‘keadaan masih OK.’ Ekonomi merudum, pemimpin kata ‘kita tidak seteruk mana.’ Harga barang keperluan harian meroket, pemimpin kata ‘semua under control.’
Kalau ikut kata pemimpin semua kata kita masih kukuh, masih hebat, serba-serbi OK. Hanya rakyat yang tahu – dan dapat merasakan – betapa semuanya tidak lagi OK, tetapi KO. Adussss!
TUN Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin supaya jangan terus cuba meyakinkan rakyat dengan fakta dan angka-angka yang tidak boleh diterima akal yang waras.
Kata mantan perdana menteri itu: “Rakyat sekarang tidak bodoh,” dan dapat menilai apa yang betul dan apa yang tidak betul. Rakyat tidak mudah percaya dengan fakta dan angka yang nampak tidak logik.
Pemimpin dan sesetengah pakar ekonomi boleh berkata itu dan ini dengan menyebut angka-angka yang memberangsangkan. Tetapi rakyat biasa yang tidak faham angka pun dapat merasakan betapa duit kita semakin kecil, harga semakin mencanak, dan kehidupan semakin tertekan.
Angka-angka yang nampak cantik sesetengahnya tidak mencerminkan realiti. Lagi pun bukan semua rakyat bodoh dan buta fakta. Ramai juga rakyat sudah pandai walaupun tidak mencapai CGPA lebih 3.8. Mereka sudah boleh berfikir.
PERIHAL kejatuhan RM, duit kita semakin kecil dan terus mengecut. Waktu saya sekolah setengah abad dulu, selalu orang cakap siling 1 sen nilainya sebesar roda kereta lembu.
Waktu itu bawa 10 sen ke sekolah sudah dikira cukup lumayan. Saya masih ingat dengan hanya 5 sen boleh makan nasi lemak dan segelas sirap di kantin, kenyang sepanjang waktu belajar. Rojak buah, ais krim potong, mi goreng, sotong bakar, serba-serbi 5 sen.
Memang saya tidak mengharapkan nilai roda kereta lembu itu pada masa kini. Tetapi tidaklah juga saya menyangka pada usia merdeka 58 tahun, duit kita jatuh begini teruk.
Saya setuju ada faktor luaran, tetapi jangan kita tolak sama sekali faktor dalaman. Jerebu dan mendung dalaman bukan sahaja menyakitkan mata, tetapi menyakitkan hati!
KEADAAN dimuramkan lagi dengan jerebu yang sehari dua ini menyelimuti udara kita. Ketika rencana ini ditulis kualiti udara di daerah Seri Manjung, Perak berada pada tahap tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 100.
Jabatan Meteorologi Malaysia, merekodkan 43 kawasan termasuk Kuala Lumpur, Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang mencatat kualiti udara pada tahap sederhana; hanya lima kawasan berada pada tahap baik. Banyak kawasan di Sarawak juga terjejas jerebu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kemerosotan kualiti udara tersebut berpunca daripada kesan jerebu merentas sempadan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Ini cerita lama, berulang setiap tahun.
Sudahlah ekonomi kelabu, langit pula berjerebu. Maka, semuanya kabur dan melemaskan. Apalah ertinya ulang tahun kemerdekaan kali ke-58...
DR WAN Junaidi berkata pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Induk Jerebu Kebangsaan pada 28 September ini bagi membincangkan tindakan menangani situasi jerebu yang tidak menentu.
“Malaysia turut menggesa pihak Indonesia untuk mengambil tindakan segera dalam menangani peningkatan bilangan titik panas dan menggiatkan usaha pemadaman kebakaran yang telah berlaku di kawasan yang terlibat,” katanya.
Ini pun cerita lama. Sudah selalu kita mendengar ayat dan kenyataan klise seperti ini. Setiap kali ada jerebu kita bermesyuarat. Kita rayu pihak sebelah sana supaya menghentikan pembakaran terbuka.
Tetapi selepas mesyuarat, semua kembali seperti biasa. Asap dari sana terus menyakitkan mata – dan hati! – kita. Pusing macam mana pun kita juga yang selalu kena. Gi mana nih, dong!
AKHIR kalam, mungkin kerana semangat berkobar-kobar, seorang doktor wanita di sebuah hospital di Johor Bahru telah merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat ‘peace’ dengan pesakit dalam posisi bersalin, dan menampakkan alat sulit wanita.
Walau apa semangat pun yang pasti ini bukan semangat 58 tahun merdeka. Ini bukan sahaja melanggar etika malah memalukan negara, juga mengaibkan wanita berkenaan. Tolong jangan buat lagi kerja macam ini!
TOK PERAK

0 Komentar untuk " 58 tahun setelah merdeka, alamak! "