SETAHUN menjalankan perniagaan secara atas talian (online) telekung Siti Khadijah (SK) di Indonesia, pemilik Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SKA), Padzilah Enda Sulaiman nekad membuka butik bagi menembusi pasaran negara tersebut awal Julai lalu.
Padzilah berkata, SK membuka butik pertamanya di sana yang dikenali sebagai Mukena Siti Khadijah di FX Lifestyle Center, Senayan, Jakarta kerana mendapat permintaan tinggi daripada penduduk di negara itu.
Dalam acara pembukaan tersebut, pelakon drama Indonesia, Alya Rohali turut hadir.
Mukena Siti Khadijah beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Menurutnya, walaupun berdepan risiko tinggi kerana Inonesia sememangnya terkenal dengan lubuk telekung, Padzilah yakin dengan jenamanya sendiri dan optimis untuk mengukuhkan pasaran telekung SK di sana.
“Sebelum membuka butik di sana, saya terlebih dahulu membuat kajian pasaran dan trend penduduk di sana. Perniagaan telekung di Kota Jakarta mempunyai risiko yang tinggi tetapi saya yakin Mukena Siti Khadijah mempunyai peminat tersendiri.
“Jika sebelum ini mereka perlu datang ke Malaysia untuk mendapatkan telekung SK, kini mereka hanya berkunjung di butik kami sahaja. Malah, ia juga memudahkan penduduk sekitar Asia untuk mendapatkan telekung kami di sana kerana Jakarta adalah syurga membeli-belah,” katanya.
Katanya, memandangkan pengeluaran telekung SK adalah di Indonesia, jadi dia menggunakan kelebihan tersebut untuk memasarkan telekung di sana kerana mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya penduduk Jakarta.
“Walaupun SKA memberikan tumpuan di Malaysia tetapi kita mahu mengukuhkan pasaran di negara jiran juga. SK akan mengembangkan perniagaan ini di sana melalui strategi pemasaran berkesan antaranya menggunakan platform media sosial dan media tempatan di sana,” katanya.
Material, rekaan bentuk muka dan jahitan kemas
Padzilah berkata, kekuatan produknya terletak kepada gabungan tiga perkara iaitu material yang digunakan, rekaan bentuk muka dan jahitan kemas yang memberikan keselesaan kepada pelanggannya ketika melakukan ibadah.
“Ia adalah perkara penting dalam perniagaan saya. Masyarakat di luar Jakarta gemar memakai telekung berwarna tetapi saya mahu memulakan perniagaan kami dengan menjual telekung ‘premium plain’ dahulu di Jakarta.
“Kajian mendapati penduduk Jakarta gemar memakai telekung tidak bercorak atau berwarna dan dilihat ringkas. Walaupun SK di sana, kami tetap menjaga kualiti telekung dan mempunyai standard yang kami gunakan selama ini,” katanya.
Tambahnya, SKA melaburkan hampir RM1 juta untuk membuka butik di sana dan membiayai kos kajian serta penyelidikan pasaran di sana selama setahun.
Katanya, pemilihan Jakarta juga kerana populasi penduduk di kota itu besar iaitu seramai 24 juta dan mempunyai kuasa beli tinggi.
“Sebelum kita membuka butik di Jakarta, penduduk di sana memberikan sambutan memberangsangkan kerana penjualan online telekung SK di sana meningkat,” katanya.
SKA akan memasukkan beberapa lagi produknya secara berperingkat dalam pasaran Indonesia antaranya kain ihram, kelengkapan haji, baju korporat dan sebagainya.
Lantik ejen di Indonesia
Bagi memudahkan penduduk di luar Jakarta mendapatkan Mukena Siti Khadijah, Padzilah berkata, dia akan melantik penduduk di sana yang berminat untuk menjadi ejen.
“Setakat ini, sekiranya mereka mahu mendapatkan telekung SK, mereka perlu membelinya secara online atau terus ke butik. Dengan adanya ejen, ia akan memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan telekung SK,” katanya.
Padzilah berkata, SK menyasarkan sebanyak 5,000 telekung akan terjual di negara itu melalui online dan butik menjelang akhir tahun ini kerana harga berpatutan.
“Jangkaan jualan tersebut juga dipacu strategi pemasaran yang agresif SK di sana. Kebanyakan pelanggan SK suka membeli secara konvensional dengan berkunjung ke butik berbanding menggunakan online.
“Hanya 20 peratus sahaja pelanggan SK menggunakan online. Kebanyakan mereka mahu memegang, melihat kualiti dan mencuba memakai telekung untuk kelihatan selesa pada bentuk muka,” katanya.
Katanya, SKA juga merancang untuk membuka butik di beberapa kawasan di Indonesia antaranya di Bandung, Medan dan Surabaya.
Tambahnya, setakat ini, bagi pasaran Malaysia, jualan telekung SK adalah 2,000 telekung seminggu melibatkan pelbagai corak dan saiz.
Mahu tembusi pasaran Brunei
Padzilah berkata, SKA merancang untuk menembusi pasaran Brunei dalam masa terdekat.
“Kami menerima permintaan tinggi dari negara tersebut. Kebanyakan mereka memberikan respons yang baik selepas menggunakan telekung SK.
“Setakat ini, mereka hanya membeli telekung melalui online dan ada juga yang datang sendiri semata-mata untuk membeli telekung SK,” katanya.
Selain itu, SKA juga merancang untuk membuka butik di beberapa negeri antaranya Perak, Pahang dan di utara Semenanjung Malaysia.
“Alhamdulillah, permintaan telekung di negara ini semakin meningkat malah melebihi jangkaan pada tahun ini.
“Kami tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mendadak. Insya-ALLAH, pada tahun hadapan kami akan merancang dengan lebih baik untuk memenuhi permintaan pelanggan kami,” katanya.

0 Komentar untuk " SKA kukuh pasaran di Indonesia "