KETIDAKSTABILAN politik di negara ini menggusarkan pelabur asing untuk membuat pelaburan baharu di Malaysia ekoran rombakan Kabinet dan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pakar ekonomi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berpendapat, pelabur asing kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat pelaburan.
“Politik mempunyai hubungan secara langsung dengan ekonomi. Apabila orang nombor dua dalam jawatan tertinggi negara digugurkan, pelabur asing akan melihat Malaysia dari sudut negatif.
“Bagaimanapun, bagi jalinan kerjasama yang dimeterai dengan syarikat luar sebelum ini, operasi perniagaan akan bergerak seperti biasa. Cuma, ia sedikit menjejaskan pelaburan baharu,” katanya mengulas mengenai impak rombakan Kabinet terhadap ekonomi Malaysia.
Beliau berkata, situasi itu boleh menambah lagi ketidaktentuan ekonomi yang dihadapi negara pada masa kini susulan penyusutan ringgit dan peningkatan kos sara hidup.
“Ia akan menambah kesan berangkai dalam ekonomi negara, namun tidak dapat dipastikan sejauh mana impaknya.
“Pada masa sama, saham syarikat yang disenaraikan di bursa saham juga akan mengalami kejatuhan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, semua impak itu adalah kesan minimum dan hanya bersifat sementara dalam tempoh tertentu.
“Apabila keadaan sudah stabil, ekonomi akan bergerak seperti biasa kerana rombakan itu hanya melibatkan pertukaran portfolio, bukan kerajaan yang bertukar,” katanya.
Sementara itu, penganalisis ekonomi, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, rombakan Kabinet seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dilihat akan mengukuhkan lagi aspek perniagaan dan ekonomi negara.
“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) masih kekal, malah ditambah lagi seorang menteri bagi mengukuhkan bahagian perdagangan kerana kejatuhan mata wang Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, perubahan itu dilihat sebagai satu cara untuk menarik balik pelaburan ke Malaysia.
“Jika perubahan yang dibuat ini berjaya, ia akan mengubah persepsi pelabur asing terhadap Malaysia, sekali gus meningkatkan jumlah pelaburan negara,” katanya.
Menurutnya, ekonomi Malaysia tidak terjejas akibat rombakan Kabinet dan pertukaran timbalan perdana menteri kerana negara masih lagi diterajui oleh kerajaan yang sama.
“Walaupun ada perubahan, namun dari segi dasar, ia masih sama kerana kerajaan sedia ada masih sama,” katanya.

0 Komentar untuk " Rombakan gusarkan pelabur asing "