PERTAMA kali dicabar sejak memimpin parti selama 13 tahun, kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mempertahankan jawatan Presiden Pas memang telah dijangka sejak awal.
Walaupun dikecam secara terbuka – dan menerusi sindiran – oleh puak-puak tertentu, termasuk beberapa orang pemimpin kanan parti, muktamar di Kuala Selangor mengesahkan Tuan Guru sebagai orang No.1 parti bagi penggal 2015-2017.
Ternyata dengan 928 undi yang diterima daripada perwakilan, Hadi masih kebal dan diperlukan untuk meneruskan perjuangan parti Islam berkenaan.
Maka tidak hairan dan tidak memeranjatkan laungan ‘Allahuakbar’ berkumandang sebaik keputusan pemilihan diumumkan. Syabas Tuan Guru!
NAMUN di sebalik tahniah kemenangan, Hadi dan para penyokong patut juga menerima hakikat bahawa kerusi penting parti itu bukan milik mutlak seseorang; selepas ini tidak semestinya kerusi itu akan dimenangi secara percuma.
Bahawa sudah ada penentang untuk kerusi tersebut membuktikan dua perkara. Pertama, amalan demokrasi semakin menyemarak dalam Pas, siapa sahaja boleh bertanding sebarang jawatan. Kedua, semakin jelas ada puak tidak setuju dengan presiden.
Sebagai pembuka cabaran Ahmad Awang – walaupun tanpa kempen agresif, dan tanpa publisiti mega – telah berjaya mendapat 233 undi daripada perwakilan. Memang jauh beza berbanding Hadi 928.
Pendek kata walaupun tewas, Ahmad – mungkin juga pencabar lain pada pemilihan-pemilihan akan datang – jangan dipandang ringan. Presiden dan pasukannya kena kerja lebih kuat!
MENARIK juga untuk diperhatikan di Kuala Selangor ialah pemilihan timbalan presiden. Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang lantang dan berani sering menjadi perhatian media menjelang muktamar.
Sejak dulu hingga kini Mat Sabu yang petah bercakap dan bijak berpantun jarang berlapik apabila hendak menghentam tidak kira siapa. Semua orang mengakui itu kelebihan Abang Mat.
Tetapi semakin nyata cakap yang berkobar-kobar sahaja belum cukup, sebab perwakilan kini lebih senang dan berkenaan kepada orang yang selalu berlembut kata, berbudi bahasa.
Itu mungkin faktor yang memenangkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan No.2 parti. Mat Sabu mendapat 233 undi sementara Tuan Ibrahim selesa dengan 881 undi.
PEMILIHAN kali ini mengesahkan Pas mahu terus mengekalkan golongan ulama, sekali gus menyampaikan isyarat bahawa apa yang disebut sebagai puak Erdogan tidak akan diterima.
Tidak sahaja peringkat kepimpinan pusat, dalam Dewan Pemuda pun perwakilan memilih golongan ulama – secara kebetulan kedua-duanya anak dua tokoh utama parti.
Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda, Nik Mohamad Abduh @ anak Allahyarham Nik Aziz Nik Mat menang dengan 429 undi, menewaskan penyandang Suhaizan Kaiat yang hanya mendapat 262.
Bagi jawatan timbalan ketua Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak presiden parti, mengekalkan kedudukan dengan 435 undi.
WALAUPUN Dewan Pemuda mahu Pas keluar dari Pakatan Rakyat, hasrat itu tidak terlaksana. Menurut presiden parti itu akan tetap meneruskan tahaluf siyasi bersama pakatan pembangkang selagi mana ia tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan sunnah.
Kata Tok Presiden, sepanjang sejarah tahaluf dan lain-lain, pemimpin dan ahli parti sering diperingatkan memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan serta memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangannya.
“Sebab itulah walaupun kita tahu kawan kita memperjuangkan perlembagaan sekular yang sudah tentu bercanggah dengan dasar Islam tetapi Pas tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular dalam perbincangan,“ tegas beliau.
Apa agaknya komen DAP dan PKR?
AKHIR kalam, masih mengenai muktamar Pas. Ada yang luar biasa pada pemilihan kali ini. Calon-calon dan sebahagian perwakilan tidak bersetuju dengan kewujudan ‘chai’ @ menu @ senarai pilihan yang diedarkan pada pemilihan. Dalam ‘chai’ disyorkan nama-nama mereka yang patut dipilih.
Ramai yang tidak senang dengan ‘chai’ dan berpendapat budaya ‘chai’ tidak patut dihidupkan dalam parti. Sesetengah berpendapat ‘chai’ hanya cadangan bukan paksaan. Walaupun ada ‘chai’ pemilihan dibuat dengan fikiran terbuka, pendek kata tidak ‘chinchai’.
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Perwakilan tolak Erdogan Pas "