JENAMA fesyen Muslimah, MarQueen baharu sahaja menjengah pasaran dengan Adeeva (Slanting Cut Blouse) dan dua koleksi eksklusif Aidilfitri iaitu Ardani dan Adonia.
Pemilik butik MarQueen, Mardiana Alwi, 27, mengusahakan perniagaan pakaian itu sesuai untuk wanita Muslimah kerana rekaannya menekankan ciri-ciri mesra wuduk dan penyusuan.
“Rekaan ketiga-tiga koleksi ini merupakan hasil gabungan saya bersama adik, Martini Alwi.
“Setiap koleksi kami mempunyai ciri-ciri khas untuk memudahkan si pemakai, terutamanya ibu yang punyai anak kecil,” katanya.
Menurutnya, koleksi raya yang dikeluarkan adalah terhad dan mempunyai rekaan dengan warna yang menarik mengikut syariat Islam.
Katanya, jenama MarQueen merupakan jenama yang masih hijau di pasaran dan mula beroperasi pada Mei lalu.
“Walaupun kami masih baru dalam dunia fesyen Muslimah, ia tidak menjadi penghalang untuk kami meneruskan minat yang ada. Saya bersyukur kerana mendapat sokongan kuat daripada kedua ibu bapa,” katanya.
Mardiana berkata, impiannya adalah untuk menempatkan nama MarQueen setaraf dengan jenama pakaian yang ada sekarang.

0 Komentar untuk " MarQueen fesyen Muslimah baharu "