Kuih tradisional batang buruk masih menjadi pilihan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kuih tradisional batang buruk masih menjadi pilihan


PASIR MAS: Biarpun pelbagai aneka kuih dan biskut moden diperkenalkan namun kuih tradisional seperti batang buruk, bahulu dan rempeyek masih menjadi pilihan masyarakat untuk hidangan pada Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kuih Melayu tradisional ini dikatakan kurang diminati golongan muda berbanding kek dan biskut yang lain, namun permintaan terhadap kuih ini terutama batang buruk dilihat semakin tinggi terutama pada musim perayaan. Kuih batang buruk diperbuat daripada tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras dan kelapa kemudian diuli menjadi doh sebelum dibentuk menjadi silinder bulat berongga dan diisi dengan serbuk kacang hijau yang digoreng. Pengusaha kuih berkenaan, Maizatulakma Abdul Aziz, 27, berkata setiap tahun permintaan terhadap kuih itu semakin meningkat terutama pada musim perayaan. "Tahun ini permintaan terhadap kuih ini sebanyak 140,000 biji berbanding 96,000 biji pada awal pembabitan saya dalam pembuatan kuih ini kira-kira enam tahun lalu," katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Kelar di sini. "Ini menunjukkan kuih ini masih menjadi pilihan masyarakat kita pada hari ini," kata wanita yang mewarisi kebolehan membuat kuih itu daripada ibunya, Siti Khalijah Awang, 52. Maizatulakma berkata, minatnya terhadap kuih itu timbul apabila selalu membantu ibunya memenuhi permintaan pelanggan. "Pada mulanya ia hanya untuk memenuhi tempahan penduduk setempat dan ketika itulah minat timbul apabila selalu membantu ibu," katanya yang kini mempunyai empat pekerja. Katanya, setakat ini pengeluaran kuih tradisional itu hanya untuk pasaran di negeri ini dan beliau bercadang mengembangkannya ke pasaran luar. Penggemar kuih batang buruk, Fathin Afika Alias, 23, berkata sejak kecil setiap kali hari raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha ibunya tidak pernah lupa untuk menyediakan juadah ini kepada keluarga dan tetamu. "Ia dinikmati hanya pada hari raya, sebab itulah kami tidak jemu dengan kuih ini walaupun dah berbelas tahun berlalu," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67681
0 Komentar untuk " Kuih tradisional batang buruk masih menjadi pilihan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ