APAKAH Datuk Seri Shahidan Kassim hanya berlawak? Sekiranya benar Menteri di Jabatan Perdana Menteri berlawak, itu mungkin lawak yang kedengaran paling lemah datang daripada seorang anggota Kabinet.}
Tetapi sekiranya beliau tidak berlawak, sebaliknya bersungguh-sungguh dengan cadangan yang disuarakan, harap-harap tidak ada pula pihak kurang cerdik yang ingin menjadikan idea tersebut satu kenyataan.
Bahawa menjadikan kem pembunuhan dan pemerdagangan manusia sebagai satu kawasan tarikan pelancong bukan sahaja tidak bijak, malah menunjukkan kita tiada keprihatinan terhadap kezaliman.
Seperti yang terbongkar menerusi media akhir-akhir ini, penempatan haram di sempadan Malaysia-Thailand itu telah terbukti satu kekejaman di luar batas dan kewajaran kemanusiaan.
Seperti yang diakui pihak berkuasa berpuluh kubur besar dengan beratus mayat di dalamnya telah ditemui di kawasan Wang Kelian di negeri Perlis yang bersempadan dengan Siam.
Mayat-mayat tidak dikenali yang ditimbunkan dalam kubur-kubur tersebut menunjukkan betapa sindiket yang terlibat dalam jenayah berkenaan telah melakukan penyeksaan dan penderaan tahap tinggi.
Mangsa yang terdiri pendatang tanpa izin – termasuk saudara sesama Islam Rohingya dari Kemboja – meninggalkan kampung halaman dan orang tersayang untuk mencari nafkah di negara kita.
Mereka dijanjikan pekerjaan, tetapi akhirnya terdampar di kem dan diperlakukan lebih teruk daripada hamba abdi zaman silam. Bukan sahaja tidak cukup makan, tempat tinggal daif dan serba kekurangan, mereka dipukul, diterajang dan dibunuh dengan kejam.
Cerita daripada mangsa yang selamat pula menyebut bagaimana anak gadis dan wanita Rohingya dijadikan hamba seks. Pengawal-pengawal kem datang dengan senjata pada waktu malam, melarikan anak gadis dan wanita untuk dirogol beramai-ramai.
Mangsa tidak berdosa yang meninggalkan negara asal dengan harapan mendapat kerja untuk membantu keluarga, tiba-tiba menjadi mangsa rogol sehingga mengandung anak luar nikah. Mereka hanya ada dua pilihan: sama ada menyerahkan tubuh, atau dibunuh.
Setiap saat mereka yang dikurung di kem berkenaan hidup dalam ketakutan, nyawa bagaikan di hujung tanduk. Setiap saat ada kengerian, jeritan penderitaan dan pembunuhan kejam. Darah melimpah tiada pembelaan.
Kesan keganasan dan penyeksaan inikah yang hendak dijadikan produk pelancongan? Di mana hilangnya budi dan akal kita? Bayangkan yang diseksa dan dibunuh itu adalah anak kita, sanggupkah darah mereka dijadikan tarikan pelancong?
Tetapi Wang Kelian – dan kawasan-kawasan lain seumpamanya – bukan sahaja mengenai kengerian dan kekejaman. Kem-mem yang ditemui itu adalah juga mengenai penyelewengan pihak berkuasa.
Seperti yang diakui Kementerian Dalam Negeri kem-kem tersebut dikenal pasti telah wujud sejak lima atau enam tahun. Penduduk di kawasan berhampiran pun mengetahui kewujudan pusat pemerdagangan manusia itu. Penduduk boleh tahu, apakah pihak berkuasa tidak tahu? Atau, buat-buat tidak tahu?
Kini telah diakui bahawa kemungkinan kakitangan dan pegawai pihak berkuasa dan agensi-agensi tertentu terlibat dalam kegiatan di kem-kem tersebut. Siasatan sedang dijalankan untuk menjejaki penyeleweng dan penderhaka terlibat.
Penyelewengan dan pegawai musibat seperti inikah yang hendak ditonjolkan sebagai tarikan pelancong? Fikirkanlah benda lain – misalnya mangga harum manis – sebagai produk pelancongan. Insaflah bahawa pembunuhan, perkosaan dan lain-lain kekejaman bukan satu tarikan.
Maka tolak ke tepi cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Bagi sesetengah orang itu mungkin satu idea bergeliga. Tetapi telah terbukti banyak yang mulanya disangka bergeliga, akhirnya menjadi porak-peranda.
Apa yang patut segera dilakukan sekarang ialah mencari siapa dalang di sebalik kegiatan pemerdagangan manusia yang boleh menjana keuntungan mudah berbilion RM itu?
Sekiranya benar ada orang dalam – tidak kira pekerja biasa atau pegawai atasan –yang terlibat dalam kegiatan hitam di kem-kem tersebut, burulah mereka hingga ke lubang cacing. Sudah kerap sangat jenayah dan penyelewengan mega terjadi di hadapan mata, tetapi kita bagaikan alpa dan tidak berbuat apa-apa.
Dalam kes kem-kem haram di Wang Kelian, kita sekali lagi diuar-uarkan dengan penuh semangat bahawa penjenayah dan penyangak akan diburu hingga ke lubang cacing.
Tetapi setakat ini tidak ada seekor anak cacing pun yang berjaya dikesan. Kita hanya melihat tahi cacing. Tahi cacing itukah yang hendak dijadikan tarikan pelancong? Kesian kita!

0 Komentar untuk " Kezaliman bukan tarikan pelancong "