SAYA percaya tiada sesiapa yang terlelap ketika khutbah disampaikan di masjid-masjid di Kuala Lumpur Jumaat lepas, insya-ALLAH.
Isi khutbah bertajuk ‘Jihad Memerangi Kebatilan’ oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) itu memang mantap. Tak tahulah kalau ia tidak meninggalkan kesan dalam kalangan umah.
Antara lain, ia menyarankan umat Islam boikot sahaja rancangan hiburan realiti TV yang boleh melalaikan dan tidak patuhi garis panduan syariat.
Program seperti itu merupakan ‘gejala hedonisme’ (pentingkan keseronokan) yang diwujudkan ‘semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam, terutama remaja’.
Ada yang ‘berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, melaga-lagakan sesama artis, membuka aib artis dan sebagainya’.
‘Malah, ia membawa anasir negatif seperti lawak lucah, pendedahan aurat atau lelaki berpakaian wanita’.
“Kawallah minat anak kita daripada hiburan melalaikan dan asuhlah mereka meminati hiburan berteraskan syariat Islam.
“Mari kita boikot rancangan itu,” tegasnya.
Jawi turut mengingatkan umat Islam agar berjihad menentang fitnah di media sosial kerana terdapat juga berita yang disebarkan ‘mengandungi fitnah dan mahu memecahbelahkan kesatuan pemikiran umat Islam’.
Katanya, ia juga dapat ‘menggugat sistem pentadbiran kerajaan dan mewujudkan suasana politik yang tidak stabil di negara ini’.
“Jika kita berhati-hati dalam menerima sesuatu berita serta sentiasa meneliti kesahihannya nescaya agenda sesetengah pihak yang mahu melihat umat Islam berbalah sesama sendiri akan terkubur.
“Mimbar juga ingin mengingatkan jemaah janganlah jadi penyebab atau agen penyebaran berita palsu yang mengundang fitnah itu,” kata pihak Jawi.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada bulan lalu, mengeluarkan garis panduan baharu mengenai hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka.
Ia juga membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan dalam kalangan penonton konsert dan persembahan pentas serta menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur ‘menyembah’ dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.
Garis panduan itu dikeluarkan selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107, Februari lalu.
Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.
Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton.
Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai jantina berlainan dan mereka tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan.
Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau.
Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, dan tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.
Muzik yang mengiringi persembahan mestilah mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Demikian sebahagian isi khutbah Jumaat lalu. Sejauh mana syarat dan garis panduan yang diwajibkan itu dipatuhi? Bagaimana kalau ia tidak diikuti?
Marilah kita tunggu dan lihat sejauh mana keberkesanan penguatkuasaannya. Tunggu menteri jawab isu boikot dan tindakan?
Apa pun, saya ingin ambil peluang ini mengucap tahniah kepada Jawi, dan Jakim. Juga tahniah kepada semua yang berfikiran positif ke arah usaha yang diredai ALLAH.
Mudah-mudahan kemantapan khutbah seperti ini bukan berterusan di sekitar KL sahaja, bahkan di setiap masjid yang wujud di negara yang kita cintai ini.
Apakah pula isu menarik, terbaharu lagi relevan yang akan menjadi fokus dalam khutbah dua hari lagi? Kita tungguuuuu!

0 Komentar untuk " Tunggu menteri jawab isu boikot? "