ORANGNYA mudah berbicara, juga tidak lokek berkongsi pengalaman lampau terutama dalam bidang akademik. Dari memulakan kerjaya hingga kini dilantik sebagai teraju utama kepada universiti swasta terkemuka negara, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha adalah seorang lagi anak kelahiran Kelantan yang berjaya menempa nama di persada akademik negara.
Pelantikannya sebagai Naib Canselor di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bermula 5 Mei lalu juga menjadikan beliau barisan akademik yang berusaha memartabatkan lagi mutu pendidikan negara terutama di peringkat pengajian tinggi, lebih-lebih lagi kepada penuntut Uniten yang juga subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaras misi menjadi universiti terulung dalam bidang tenaga.
Menceritakan perihal dirinya, beliau baharu sahaja menyambut kelahiran ke 53, pada 8 Jun lalu dan antara peminat kelab pasukan bola sepak Manchester United, dilahirkan di Kampung Temangan, Machang, Kelantan.
“Saya memulakan kerjaya pada 1984, berkhidmat lebih kurang 12 tahun dalam industri manakala lebih 19 tahun pula dalam dunia akademik. Sepanjang tempoh di industri, saya turut membangunkan firma perundingan kejuruteraan bersama rakan kongsi dan kolej swasta,” katanya.
Beliau berkata, penglibatan awal sebagai ahli akademik bermula sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Oktober, 1984 setelah menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Struktur di University of Sheffield.
Seterusnya menyambung pengajian di Heriot-Watt University, Scotland, United Kingdom di peringkat Sarjana Kejuruteraan Struktur dari 1985 hingga 1986. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat kedoktoran dengan menerima Ijazah Doktor Falsafah (Phd) pada 1995 dari University of Aston, Birmingham, United Kingdom dalam bidang Structural-Fire Engineering.
Bermula Februari 1996 hingga Disember 2006 beliau berkhidmat sebagai Pengarah Uniti Sdn Bhd, Pengarah Uniti Consultans Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson dan Timbalan Presiden Uniti Education Group.
Pada Disember 2006, beliau mula bertugas sebagai Pensyarah di Uniten, kemudian dilantik sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Timbalan Dekan Kolej Kejuruteraan, Dekan Kolej Pengajian Siswazah dan kemudiannya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan) sebelum diberi kepercayaan sebagai Naib Canselor, 5 Mei lalu.
Kepakarannya dalam kejuruteraan juga menjadi penguat semangat kepada empat anaknya untuk ikut jejak yang kini semakin menempa kejayaan. Isterinya, Halizawati Amir, 53, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga graduan dalam bidang kejuruteraan.
Anaknya yang sulung, Muhd Tawfiq, 29, jurutera kanan di sebuah syarikat perunding kejuruteraan swasta PWM Associates Sdn Bhd, dikuti Mujahid, 28, kini bertugas di Syarikat Penerbangan Emirates, Dubai, dan Ahmad Safwan, 21, masih menuntut di tahun tiga, Uniten dalam bidang kejuruteraan awam, manakala anak perempuan tunggalnya, Nurul Hidayah, 26, kini menjalani housemanship di Hospital Serdang, Selangor.
Sasar rangking top 20
Berbicara peranannya sebagai Naib Canselor pula, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin berkata, selain memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Uniten juga meletakkan keutamaan terhadap aktiviti penyelidikan dengan penekanan kepada bidang berkaitan tenaga, merangkumi aspek kejuruteraan, ekonomi, pengurusan dan teknologi maklumat (IT).
“Sebagai langkah untuk memacu aktiviti penyelidikan, Uniten telah membangunkan tiga pusat penyelidikan di peringkat universiti iaitu Centre for Renewable Energy (CRE), Power Engineering Centre (PEC) dan Institute of Energy Policy and Research (IEPRe) yang turut dipimpin barisan yang pakar dalam bidang masing-masing,” Galakan dan sokongan yang diterima daripada agensi seperti TNB, kementerian-kementerian, dan pemain industri, dalam bidang tenaga, menunjukkan Uniten sebuah universiti yang mempunyai kelas tersendiri,” katanya.
Ujar beliau, sokongan daripada pihak industri menerima pelajar menjalani latihan industri dalam sektor berkaitan bidang tenaga juga merupakan komitmen yang mampu memberi lebih pendedahan kepada pelajar mengenali alam kerjaya. Kini kadar kebolehpasa mencapai 97.7 peratus, dan kebanyakan mereka berjaya mengisi peluang kerjaya di industri.
Katanya, dalam mengekalkan posisi sebagai universiti terbaik kalangan universiti tempatan berdasarkan kajian yang dijalankan QS World University baru-baru ini, Uniten tersenarai di kedudukan antara 200 - 300 universiti terbaik di peringkat Asia. Usaha kini sedang giat dijalankan untuk meletakkan Uniten di kedudukan 100 - 200 universiti terbaik di peringkat Asia.
“Kami juga berhasrat mencipta nama dalam ranking berdasarkan mata pelajaran dengan harapan berada di tangga 300 di dunia dalam bidang kejuruteraan elektrik. Usaha ke arah itu diambil antaranya dengan menggunakan pendekatan inklusif, dengan mencari peluang kerjasama dengan pemain industri serta universiti tersohor di Malaysia dan peringkat antarabangsa, dengan sama-sama berkongsi kepakaran,” katanya.
Ulasnya juga, sebagai usaha agar universiti terus berdaya saing, program-program baharu juga sedang dirangka yang semestinya membawa kepentingan kepada negara, di samping menyediakan akses kepada pendidikan tinggi untuk para pelajar.
“Pelbagai program baharu dirangka seperti program ijazah sains komputer dengan pengkhususan siber sekuriti, teknologi maklumat dengan pengkhususan visual media, yang sangat-sangat diperlukan dalam penyelesaian perkara yang berkaitan kemajuan sains dan teknologi,” katanya.

0 Komentar untuk " Ir Dr Kamal komited tadbir Uniten "