MENJEJAKI Kampung Banggol Derdap di Sik yang jadi latar novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad, bagaikan mencari khazanah berharga.
Lain yang dibayangkan, namun lain pula wajah kampung yang ditemui. Berbeza daripada yang dipaparkan dalam novel, tiada lagi bendang terbentang luas di kampung itu untuk menyapa tamunya. Yang ada hanya sebuah lorong kecil.
Rupa-rupanya, di sepanjang lorong yang tidak seluas mana inilah berdirinya Kampung Banggol Derdap yang kini dihuni 30 keluarga.
Hampir separuh abad lalu, kemiskinan hidup penduduk kampung ini mencetus ilham kepada Shahnon dan pada 1966 lahirlah novel Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) setebal 176 muka.
Garapan yang memaparkan tragedi Lahuma dan Jeha ini kemudian diadaptasi menjadi sebuah filem pada 1982, menyebabkan nama Banggol Derdap melonjak popular ketika itu.
Karya agung yang sudah menjangkau usia 49 tahun ini dijadikan teks sastera tingkatan enam di hujung 60-an dan turut dialih bahasa pelbagai negara, antaranya Perancis, Rusia dan Jepun.
Pada 1994, ia sekali lagi difilemkan. Edisi kali ini menjalani penggambaran di Kemboja sekitar Kampung Kamreang, dalam daerah Kandal berdekatan Phnom Penh.
Novel RSJ itu diterbitkan semula oleh Alaf21 pada 2006.
Berkesempatan bertemu dengan anak saudara Shahnon, yang masih setia mendiami kawasan bersebelahan rumah pusaka novelis itu, Shafei Awang Ahmad, 54, mengembalikan nostalgia Banggol Derdap.
Suasana nyaman kampung masih dirasai, sebahagian kawasan kekal dilitupi kehijauan, cuma keheningan pada zaman kegemilangannya tiada lagi. Hiruk pikuk enjin kenderaan memecah kesunyian, terutama pada sebelah petang.
Lorong yang menjadi laluan utama, dipenuhi rumah generasi baharu penduduk kampung, manakala generasi terdahulu yang sebahagian besar terlibat dalam penggambaran filem RSJ, kini sudah tiada.
Amat menyedihkan, kampung yang mempunyai sejarah tersendiri dalam dunia penulisan dan perfileman negara, tidak lagi diagung-agungkan seperti era 60-an hingga 80-an lalu, sehinggakan papan tanda Kampung Banggol Derdap tidak kelihatan, menyebabkan namanya terus sepi seiring peredaran zaman.
Shafei ketika ditemui turut melahirkan rasa kecewa berhubung perkara itu.
“Kampung ini bersebelahan dengan Banggol Kiat. Papan tanda itu jadi penanda orang luar ke kampung ini. Sebelum tiba ke Kampung Banggol Derdap, terdapat nama jalan Persiaran Derdap sebagai panduan, berdekatan Pekan Sik,” katanya.
Shafei merupakan anak kepada kakak Shahnon, Aishah Abdullah, tidak lokek berkongsi kisah kehidupan Shahnon ketika menetap di kampung itu, dan ternyata kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat.
Selain Aishah, Shahnon mempunyai seorang abang, Allahyarham Mohamad Noh, yang juga bekas Adun Sik, pada era 80-an.
Shafei berkata, kehidupan keluarga yang susah menjadi inspirasi kepada Shahnon dalam menghasilkan karya-karyanya.
“Kebanyakan novel beliau berlatarkan kehidupan, kampung, orang sekeliling dan saudara-mara.
“Sebagaimana watak dalam novel RSJ, begitulah kehidupan keluarga Shahnon. Cuma watak Lahuma dan Jeha itu nama panggilan atau singkatan dalam keluarga. Ia kisah benar yang mahu dikongsi Shahnon mengenai kemiskinan dan perjuangan keluarga petani, berlatar belakangkan kampung halamannya sendiri,” katanya.
Shafei tidak terlibat dalam penggambaran filem terbabit kerana ketika itu berusia 21 tahun dan sedang belajar.
Novel lonjak semangat anak kampung
Jalinan ceritanya yang baik serta banyak memberi teladan kepada masyarakat tani di luar bandar menyebabkan novel itu masih lagi segar hingga kini. Karya itu memaparkan kehidupan sebenar petani yang terpaksa berdepan pelbagai musuh tanaman hingga berlarutan kepada masalah keluarga.
Tekanan hidup petani di Kampung Banggol Derdap menyebabkan banyak peristiwa tersirat turut diselitkan dalam novel itu hinggalah pada 1982, novel itu difilemkan oleh Kay Film Production.
Sejurus itu, namanya mulai termasyhur dan sekali gus kampung itu turut terkena tempiasnya, hingga daerah Sik di Kedah yang sinonim dengan masalah kemiskinan mulai terkenal.
Shafei mengimbas kembali suasana yang diingatinya ketika penggambaran filem dijalankan. Setiap hari kampung itu dikunjungi ramai.
“Selain mahu lihat penggambaran dilakukan, ramai kalangan mereka turut berminat untuk melihat artis kesayangan dari dekat hingga ada sanggup menunggu berjam-jam untuk bergambar dengan artis tersebut,” katanya.
Menurutnya, ketika itu kampung ini tidak sunyi, siang dan malam sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya penduduk berdekatan.
*** DAPATKAN LAPORAN PENUH DI AKHBAR SINAR HARIAN HARI INI.

0 Komentar untuk " Menjejaki memori Kampung Banggol Derdap "