ESTINWIRA Sdn Bhd (Estinwira), francaisor induk Killiney Kopitiam di Malaysia dan Timur Tengah dijangka mengambil alih jenama Killiney daripada pemilik asal, Killiney International Pte Ltd, Singapura, hujung Julai ini dengan pelaburan RM68 juta.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, syarikat itu kini dalam peringkat akhir rundingan yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini.
“Kami bekerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam proses rundingan untuk pengambilalihan ini,” katanya pada Majlis Perasmian Killiney Kopitiam Setiawangsa di Kuala Lumpur, kelmarin.
Cawangan Killiney Kopitiam ke-18 di Malaysia itu dirasmikan Pengerusi PNS, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.
Ahmad Ramzi berkata, pengambilalihan sepenuhnya Killiney International itu membolehkan Estinwira meluaskan rangkaian Killiney Kopitiam ke peringkat antarabangsa.
“Matlamat kami supaya Killiney Kopitiam menjadi peneraju dalam bidang makanan halal. Kami sudah berdaftar dengan Global Halal Network dan direktori halal dunia.
“Selepas pengambilalihan ini, keutamaan kami adalah pada pasaran halal kerana ramai orang Islam pada masa kini yang mengembara di seluruh dunia akan mencari makanan halal,” katanya.
Menurutnya, syarikat itu bercadang meneroka pasaran Taiwan dan Korea, selepas menembusi tujuh negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Australia, Brunei dan China.
“Selepas raya, kami akan buka cawangan Killiney Kopitiam di KLIA2 dan Gong Badak, Kuala Terengganu.
“Tahun depan, kami merancang membuka 30 cawangan baharu di Malaysia dan Timur Tengah. Kami juga akan beri tumpuan kepada pasaran global seperti Indonesia, China dan Timur Tengah,” katanya.
Killiney merupakan kopitiam tertua di rantau ini yang dimulakan sejak 1919 di Singapura dan kini mempunyai 93 cawangan di tujuh negara.

0 Komentar untuk " Ambil alih jenama Killiney "