KENINGAU (Sabah): Birikan Bintangon, 65, masih setia menyimpan sapuk atau sumpitan yang menyimpan seribu macam kenangan nenek moyangnya yang banyak bergantung kepada senjata itu untuk kelangsungan hidup. Bintangon, anak kelahiran Kampung Dalit, sebuah kampung terpencil di pedalaman Keningau, Sabah. Sewaktu penguasaan penjajah, sukar untuk ke kampung terpencil itu kerana tiada jalan penghubung. Kampung ini terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Keningau dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Murut. Pada awal 1980-an, sebatang jalan kerikil dibina menghubungkan Karamotoi dan pembinaan jalan itu turut membolehkan orang ramai keluar masuk ke Kampung Dalit. Kini, Bintangon jarang sekali keluar berburu binatang buas dengan sapuk usangnya yang diwarisi daripada nenek moyangnya kerana hutan dara yang berhampiran dengan kampungnya semakin mengecil. Hutan dara di sekeliling Dalit bukannya mengecil kerana ditebang atau kegiatan pembalakan yang dibuat secara sembarangan tetapi untuk kegunaan yang baik. Di kawasan hutan itu dimajukan projek tanah pertanian berimpak tinggi dikenali sebagai Projek Pekebun Kecil Terancang (PPKT). Projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (LKTS) bertujuan meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.
Program untuk manfaat penduduk tempatan
Projek PPKT yang membabitkan kawasan seluas 1,657 hektar di Dalit dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 1998. Sejak itu, ia memberi manfaat kepada 355 orang dari empat kampung berhampiran di daerah Sook iaitu Dalit Station, Dalit Laut, Punggol dan Kalampun. Kampung yang terpilih itu mempunyai kepentingan dalam PPKT dan sesetengah penduduknya bekerja di projek itu dengan dibayar upah harian untuk kerja-kerja di tapak. Peserta projek ini juga menerima bayaran dividen empat bulan sekali. "Dalam kebanyakan hal, projek PPKT ini menyelesaikan banyak masalah kami. Paling penting, kami memperolehi pendapatan. "Sebelum ini, bukan sahaja kampung kami terpencil tetapi kami terpaksa menyara kehidupan dengan melakukan pertanian pindah iaitu menanam padi bukit, berburu binatang liar dengan sapuk atau mencari rotan liar.
"Ada kes penduduk kampung yang mati sewaktu berjalan kaki untuk mendapatkan rawatan perubatan di Keningau atau Tenom. Sesetengahnya dikebumikan di hutan itu, " beliau memberitahu Bernama. "Projek PPKT ini banyak membuka mata kami dan saya masih teringat betapa terujanya saya ketika menerima bayaran dividen pertama. Masa itu saya bertanya kepada diri saya apalah masa depan kami sekiranya kami masih berburu di hutan menggunakan sapuk," katanya. Kunjungan penulis ke Dalit mendapati bukan sahaja terdapat jalan kerikil ke empat kampung yang terlibat dalam projek PPKT tetapi juga ada kemudahan awam seperti sekolah rendah, klinik, gereja kecil dan balai raya. Kampung-kampung itu juga sedang menunggu penyambungan kuasa elektrik.
Projek berwawasan
Menurut Syaheddrul R Joddari, Ketua Unit Perhubungan Korporat LKTS, sehingga kini LKTS sebagai agensi kerajaan negeri telah melaksanakan program pembangunan tanah melibatkan kawasan seluas 5,325 hektar di seluruh Sabah. Program di bawah konsep PPKT ini melibatkan 1,377 peserta. Skim-skim lain pembangunan pertanian kampung yang disokong kerajaan yang turut dikendalikan LKTS adalah Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Skim Agropolitan serta hak milik Tanah Adat. Pada masa ini, sekitar 89 peratus kegiatan perladangan kelapa sawit LKTS di negeri ini melibatkan 6,874 peserta serta peneroka. Lebih ramai peserta dari kawasan kampung dijangka mendapat manfaat daripada projek tanah pertanian agensi ini yang kini sedang dimajukan.
Sementara itu, Pengerusi LKTS, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata agensi itu akan memberi penekanan istimewa kepada pembangunan modal insan seperti menghantar pekerjanya untuk latihan kemahiran teknikal, pengurusan dan penyeliaan. "Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini, kami akan meningkatkan usaha untuk menghasilkan deraf pelan pembangunan modal insan bagi menyokong Plan Rncangan Malaysia ke-11 (RMK-11). "LKTS akan juga menerokai kegiatan komersial seperti memberi tumpuan kepada produk hiliran industri minyak sawit," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69061
0 Komentar untuk " Bintangon jejak hidup baru tanpa 'sapuk' sumpitannya "