SINDROM Kebocoran Usus (SKU) yang juga dikenali sebagai peningkatan ketelapan usus merujuk kepada kerosakan laluan sempit yang terletak pada sel-sel epithelia usus dan seterusnya menyebabkan tahap ketelapan meningkat.
Peningkatan ketelapan dipercayai menyebabkan molekul-molekul bersaiz lebih besar dari saiz biasa diserap masuk ke dalam aliran darah lalu menyebabkan sistem imun bertindak dan menyebabkan keradangan. Tindakan bersifat keradangan ini dipercayai memainkan peranan dalam pembentukan pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan peningkatan ketelapan usus.
Apabila laluan sempit yang sebenarnya terdiri daripada pengangkut protein mengalami kerosakan ia dikatakan membenarkan penyerapan bahan asing kepada tubuh (nonself) yang terdiri daripada molekul makro termasuk peptida bersaiz melebihi empat asid amino serta virus, bakteria dan pelbagai jenis bahan bertoksin ke dalam aliran darah. Bahan asing kepada tubuh tersebut akan mendapat perhatian sistem imiun untuk dimusnahkan.
Bahan asing
Tindakan sistem imun terhadap patogen atau bahan asing kepada tubuh melibatkan pengeluaran radikal bebas superoksida yang sudah pasti menimbulkan keradangan atau inflamasi. Jadi, seseorang yang mengalami kebocoran usus dipercayai akan mudah mengalami simptom seperti lesu kronik, fibromyalgia, artritis, migrain dan asma.
Selain sistem imun, sistem limfatik dan hati juga akan menanggung beban. Sistem limfatik merupakan subset kepada sistem sirkulatori (pengaliran darah). Fungsi utamanya antara lain ialah membawa limfa iaitu cecair yang mengandungi sel-sel darah putih dari noda limfa ke tulang serta membawa sel-sel pembawa antigen ke noda limfa.
SKU berpanjangan dan tidak ditangani dengan sempurna dipercayai akan menyebabkan sistem limfa dipenuhi dengan bahan-bahan bertoksin. Seterusnya sistem limfatik dipercayai menjadi tempat pembiakan bakteria dan virus. Limfa dari sistem limfa akan kembali ke organ-organ tubuh melaui aliran darah. Jadi, sistem limfa bermasalah kerana dipenuhi bahan bertoksin dan patogen akan mengalirkan limfa ke dalam darah dan seterusnya menyebabkan organ-organ ditimbuni bahan bertoksin dan diserang oleh virus atau bakteria.
Keradangan berpunca daripada kehadiran virus atau bakteria dalam sistem limfatik pula akan menyebabkan air berkumpul (water retention) yang akan menyebabkan penyakit seperti sengal-sengal tubuh, lesu kronik dan fibromyalgia. Selain itu, ia juga dipercayai menyebabkan seseorang mengalami gemuk air yang menyebabkan pertambahan berat badan dan kontur tubuh tidak seimbang.
Sebahagian besar pengamal perubatan moden dipercayai tidak pernah menilai punca sesuatu penyakit dengan melakukan penyusuran seperti dilakukan oleh pengamal perubatan alternatif yang mahir. Jadi, jangan hairan jika doktor sekadar mempreskripsikan suplemen atau ubatan tertentu apabila seseorang pesakit mengadu mengalami kelesuan, artritis atau migren.
Tidak dinafikan lesu dan rasa sakit akan hilang selepas mengambil suplemen atau ubat yang dipreskripsi. Namun ramai juga yang datang semula berjumpa doktor bagi mendapatkan ubat yang sama atau ubat yang lebih berkuasa. Antara puncanya ialah sebahagian besar doktor tidak akan membuang masa untuk menyusur apakah kemungkinan punca penyakit yang dialami oleh pesakit. Sebab itulah pesakit dengan penyakit yang sama pergi mendapatkan perkhidmatan doktor secara berulang-kali.
Di bangku universiti dan ketika menjalani latihan di hospital mereka dipercayai hanya dilatih untuk mendiagnosis sesuatu penyakit dan mempreskripsikan ubat. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan antara etiologi (punca/penyebab penyakit) yang dipelajari oleh pengamal perubatan moden berbanding dengan etiologi yang dipelajari atau dipraktikkan oleh pengamal perubatan alternatif terutama yang mahir.
Bagaimana kebocoran usus boleh membebankan fungsi hati? Hati merupakan organ yang amat penting kepada tubuh kerana fungsi utamanya antara lain ialah menjalankan detoksifikasi. Ia menjalankan detoksifikasi terhadap makanan yang kita makan, ubat-ubatan dan bahan-bahan pencemaran. Molekul-molekul makro yang diserap ke dalam aliran darah secara berterusan akibat kerosakan permukaan usus menyebabkan hati terbeban kerana menjalankan kerja berlebihan.
Kerja berlebihan secara berpanjangan menyebabkan ia tidak dapat mendetoks secara cekap. Ketidakcekapan detoksifikasi menyebabkan bahan bertoksik kembali semula ke dalam hati dan diproses semula. Kitaran bahan-bahan bertoksik ditambah dengan ketidakcekapan detoks oleh hati dipercayai boleh menimbulkan keradangan hati.
Penulis sering percaya bahawa pembiakan sebahagian besar mikroorganisma dalam tubuh berpunca dari ketidakseimbangan sistem atau organ tertentu. Kesesakan hati berpunca daripada terbeban dengan bahan bertoksin seperti bahan bertoksik akibat kebocoran usus, bahan bertoksik mengitari tubuh akibat ketidakcekapan detoksifikasi dan perkumuhan atau akibat makan ubat-ubatan moden tertentu secara berpanjangan menimbulkan ketidakharmonian fungsi hati. Hati yang bermasalah akibat mengalami ketidakseimbangan ini dipercayai menyebabkan patogen seperti virus hepatitis mudah membiak.
Mekanisme
Mari kita semak semula mekanisme punca penyakit-penyakit keradangan akibat kebocoran ini. Pertama, penyakit keradangan berpunca dari tindakan sistem imun kepada molekul-molekul makro yang asing kepada tubuh yang terdapat pada seluruh tubuh atau bahagian-bahagian tertentu tubuh. Kedua, kebocoran usus menyebabkan kesesakan sistem limfatik dan menimbulkan penyakit keradangan. Ketiga, keradangan berpunca dari gangguan detoksifikasi hati akibat terbeban kepada molekul-molekul makro dan bahan bertoksik secara berterusan.
Simptom yang membentuk sindrom akibat usus bocor sukar untuk dikenal pasti oleh orang biasa. Ia kerana simptomnya bertindan dengan pelbagai masalah kesihatan lain. Ramai doktor perubatan moden yang bersikap skeptikal terhadap penyakit ini. Sebab itulah dikatakan bahawa pesakit biasanya akan diberi ubat menurut simtom atau penyakit yang didiagnos sahaja.
Pada peringkat awal, SKU dikatakan akan menyebabkan seseorang mengalami lesu kronik di samping masalah penghadaman seperti perut buncit/berangin, sakit perut dan sembelit. Simptom lain ialah perubahan mood, ketidakseimbangan hormon termasuk sindrom premenstruasi yang lebih buruk.
Jika tidak dirawat dengan sempurna ia akan menyebabkan tindakan autoimun seperti ruam dan kesensitifan makanan (food sensitivities). Lama-kelamaan kebocoran usus dipercayai akan menyebabkan penyakit serius seperti penyakit Celiac, sindrom rengsa usus, penyakit Crohn dan psoriasis.

0 Komentar untuk " Usus bocor punca penyakit Autoimiun "