AMALAN gaya hidup holistik penting sepanjang masa dan ketika ambil makanan tambahan.
Minggu lepas penulis menulis berkaitan bagaimana kolagen yang diambil sama ada dalam bentuk makanan atau makanan tambahan diserap ke dalam aliran darah.
Penulis terangkan penguraian kolagen kepada molekul lebih kecil bermula di perut, diikuti duodenum dan berakhir dalam usus kecil.
Dalam usus kecil, peptida bersaiz sederhana diurai kepada peptida saiz kecil dan asid amino tunggal. Sel epithelia usus kecil dikatakan mampu menyerap peptida bersaiz kecil yang terdiri daripada empat asid amino atau kurang.
Penerangan penulis berbeza dengan pakar toksikologi sebuah universiti tempatan dalam ruangan Fokus Semasa berjudul Kolagen Pembunuh Senyap, terbitan Sinar Harian, 25 Mei, 2015.
Berdasarkan pemahaman penulis terhadap pandangannya, dapati beliau percaya kolagen yang dimakan terus dibawa masuk ke dalam aliran darah dan diurai dalam hati.
Ia seolah-olah menyatakan terdapat sebahagian kolagen yang terhalang daripada menjalani proses penguraian kepada asid amino dalam usus kecil.
Lebih buruk lagi jika pandangan tersebut difahami sebagai kolagen tidak menjalani proses penguraian langsung apabila berada dalam usus dan seterusnya duodenum dan usus kecil!
Pengangkut protein di membran sel pula hanya membenarkan molekul asid amino tunggal dan peptida terdiri daripada empat asid amino atau kurang.
Saiz asid amino dikatakan bersaiz kurang 1 nm. Saiz glycine iaitu komponen utama kolagen dan asid amino terkecil ialah 0.42 nm.
Saiz peptida kecil terdiri daripada tiga asid amino dipercayai hanya besar sedikit dari saiz asid amino tunggal. Saiz kolagen paling kurang 300 nanometer panjangnya.
ALLAH SWT mencipta kolagen untuk diurai kepada molekul peptida dan berakhir sebagai asid amino dalam usus kecil agar ia dapat diserap ke dalam darah.
Jadi, bagaimana molekul sebesar kolagen dapat diserap oleh sel epithelia usus kecil dengan mengetepikan mekanisme ciptaan-Nya? Jawapannya, pada keadaan normal ia mustahil boleh berlaku.
Tidak dinafikan disebabkan faktor tertentu, kemungkinan sebahagian kolagen terhalang dari menjalani proses penguraian. Namun, seperti molekul makro lain misalnya selulos, kolagen, peptida bersaiz besar dan sederhana tak dapat diserap masuk ke dalam darah.
Molekul saiz makro masuk ke dalam aliran darah akan mendedahkan fisiologi seseorang kepada pelbagai masalah. Gangguan fisiologi dipercayai berlaku pada sistem limfatik, hati dan sistem imiun.
Sila semak artikel penulis berjudul Usus Bocor punca Penyakit Autoimiun (Sinar Online/Sinar Harian, 7 Jun 2015).
Dalam Fokus Semasa yang sama, pendapat penulis juga disertakan dengan judul Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen.
Ia adalah judul sama penulis gunakan pada artikel yang terbit pada Jun 16, 2013 (Sinar Harian) bagi menyampaikan pencerahan bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen.
Paras protein rendah
'Temu ramah' wartawan yang sebenarnya sekadar petikan daripada artikel penulis dipercayai boleh menimbulkan tanda tanya malah kekeliruan kepada sebahagian pembaca yang dahagakan ilmu.
Penulis dipetik sebagai berkata pengambilan (rumpai laut) pada dos yang sesuai dan secara berterusan didapati menghasilkan kesan positif terutama kesihatan kulit.
Seterusnya, penulis nyatakan pandangan bahawa paras protein rendah dalam rumpai laut tidak dapat membantu mencantikkan kulit.
Oleh sebab temu ramah berhenti setakat pandangan penulis dalam jawapan kepada soalan (dalam artikel tersebut), maka ia mungkin menimbulkan kekeliruan.
Untuk pencerahan, pembaca budiman dipelawa untuk menyemak keseluruhan artikel tulisan penulis tersebut bagi mendapatkan pandangan sebenar penulis iaitu rumpai laut bermanfaat dalam membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda.
Seperti penulis terangkan dalam artikel tersebut, kolagen ialah sejenis protein namun protein yang terdapat dalam rumpai laut bukan kolagen.
Kolagen hanya terdapat pada haiwan bertulang belakang dan tidak bertulang belakang. Kuantiti protein yang terdapat dalam rumpai laut adalah amat rendah dan dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.
Maka sebahagian besar protein perlu diambil daripada sumber makanan lain.
Penulis sebutkan dalam artikel tersebut bahawa proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca daripada kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut secara sinergi.
Tidak dinafikan sesetengah pengguna yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan mengandungi kolagen tidak mengalami sebarang kesan positif. Begitu juga apabila mereka mengambil rumpai laut.
Pada pandangan penulis ia berlaku berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya mungkin terdapat gangguan pada organ pencernaan seperti perut, duodenum dan usus kecil.
Kekurangan asid perut, kekurangan enzim-enzim tertentu dipercayai boleh menyebabkan gangguan penguraian protein termasuk kolagen.
Peranan gaya hidup
Faktor seperti sering mengalami stres emosi juga dipercayai mengganggu proses pencernaan termasuk penguraian protein dan penyerapan asid amino ke dalam darah.
Detoksikasi tubuh tidak sempurna misalnya sering mengambil ubat-ubatan moden terutama tinggi dari segi jenis dan bilangan dipercayai mengganggu penggunaan pelbagai nutrien oleh sel-sel tubuh.
Begitu juga dengan menghisap rokok, makanan bergoreng, makanan terproses atau makanan bergula tinggi.
Pengambilan harian makanan tambahan mengandungi kolagen atau gelatin hanya menyumbang beberapa gram protein tersebut.
Seseorang harus memenuhi keperluan protein yang diperlukan oleh tubuh dengan mengambil protein yang terdapat dalam pelbagai makanan.
Menurut artikel berjudul Good nutrition: Should guidelines differ for men and women? yang terbit atas talian dalam The Family Health Guide, Harvard Health Publication, kedua-dua jantina lelaki dan wanita boleh mengambil 60 gram protein dengan selamat.
Sebanyak 300 gram ayam dikatakan memenuhi keperluan protein dengan berat tersebut. Sumber makanan lain yang kaya dengan protein ialah telur di mana terdapat lebih kurang 12.5 gram protein pada setiap biji.
Menyentuh mengenai tindak-balas kolagen atau gelatin, sesetengah orang akan mengalami tindak balas seperti timbul ruam dan jerawat.
Pandangan penulis ialah jika berlarutan dan tidak reda lebih dari dua minggu maka berhenti daripada mengambil rumpai laut atau makanan tambahan mengandungi kolagen/gelatin.
Selain mengambil makanan berprotein yang mencukupi, penulis sendiri mengambil cuka epal, asid askorbik dos tinggi, jus delima, garam gunung Himalaya dan gula kabung pada pagi dan petang setiap hari untuk bantu detoksifikasi dan nutrien tambahan.

0 Komentar untuk " Rumpai laut bantu awet muda? "