SYARIKAT Rashwealth Group Sdn Bhd (Rashwealth) yang menjalankan perniagaan jualan langsung menjangkakan jumlah jualan RM20 juta pada tahun ini.
Pengasasnya, Razi’ie Mahmod berkata, jualan tersebut dipacu dengan permintaan tinggi produk keluaran syarikatnya iaitu GC Tea serta beberapa perancangan syarikat yang akan dilaksanakan.
“Antara pelan perancangan Rashwealth ialah mengeluarkan pelbagai jenis produk unik, berkesan dan bermutu tinggi.
“Rashwealth juga komited melaksanakan modul pembelajaran yang diperkenalkan di Rashwealth Business Academy dan mahu melahirkan 100 jutawan menjelang akhir tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Syarikat Rashwealth Group Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis tersebut dirasmikan Ketua Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Abu Samah Sahabudin.
Hadir sama Pengerusi Rashwealth, Muhammad Nasir Hamzah; Pengasas Bersama, Khairul Shahril; Pengarah Teknikal Rashwealth, Nik Azrai Nik Ariff dan Pengarah Jualan, Hasreen Halil.
Razi’ie juga optimis Rashwealth akan mencapai jangkaan tersebut memandangkan jualan sehingga awal Mei lalu mencecah RM2.3 juta.
Tambahnya, sungguhpun baru dilancarkan pada Julai 2014, produk Rashwealth sudah berjaya sudah menembusi beberapa pasaran antarabangsa seperti Brunei, Singapura dan Thailand.
“Kita sasar untuk menembusi beberapa pasaran negara Asean lain dalam masa terdekat. Saya yakin Rashwealth juga akan menerokai pasaran lain,” katanya.
Rashwealth mengeluarkan produk halal seperti minuman yang dikatakan sesuai untuk penghidap diabetes dan obesiti, antaranya Nano Centa Yogourt Drink dan GC Tea.
Razi’ie berkata, selain menyediakan produk berkualiti bagi kumpulan sasar khususnya penghidap diabetes dan obesiti, Rashwealth juga memberikan peluang peniagaan kepada individu berminat menceburi industri jualan langsung.
Sehingga kini, Rashwealth sudah mempunyai seramai 8,000 ejen di seluruh Malaysia.
Dalam pada itu, sempena perasmian tersebut seramai 15 ejen terbaik diberi pengiktirafan.
Sementara itu, Abu Samah berkata, industri jualan langsung adalah salah satu cabang perniagaan berpotensi untuk terus berkembang.
“Setakat ini, jumlah syarikat berdaftar sehingga akhir Disember 2014 ialah 424 syarikat, manakala pendaftaran syarikat baharu ialah sebanyak 29.
“Nilai sumbangan jualan langsung ialah RM12.47 bilion pada 2013 dan meningkat berbanding RM9.7 bilion pada 2012,” katanya.
Bagaimanapun katanya, jumlah jualan adalah RM8.4 bilion sehingga 30 Mei 2015.
Katanya, KPDNKK mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai jelajah mengenai perniagaan jualan langsung supaya mereka yang berminat dan berdaya saing.
“Kami juga akan memberikan penerangan mengenai proses-proses perlesenan perniagaan langsung dan pendaftaran secara atas talian akan dilaksanakan Ogos nanti,” katanya.
Tambahnya, penyertaan syarikat Bumiputera dalam perniagaan jualan langsung masih rendah dan ia perlu diterokai.
“Hampir 63 peratus pengedar atau ahli jualan langsung adalah Bumiputera,” katanya.

0 Komentar untuk " Rashwealth jangka jualan RM20 juta "