BERMULA secara kecil-kecilan, syarikat Kurnia Al Rizq ditubuhkan Mohamed Azam Omar sekitar 2011 di kawasan rumahnya sendiri. Ketika itu, Mohamed Azam hanya mengeluarkan modal sebanyak RM2,000 sahaja.
Untuk memulakan perniagaannya, dia menerima wang pendahuluan daripada pelanggan bagi menghasilkan mesin Computer Numerical Control (CNC) bagi tujuan membeli bahan asas. Begitulah rutinnya sebelum perniagaan itu berkembang.
Selepas permintaan terhadap mesin tersebut mula meningkat, dia kemudiannya menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan kilang kecil untuk menampung kehendak pembeli.
Dia juga mempunyai satu lagi cawangan di Muar, Johor. Perniagaan tersebut tidak dirancang kerana pada mulanya dia membuat mesin CNC bagi kegunaan peribadi.
“Ketika itu, saya mahu melakukan beberapa ukiran berasaskan akrilik untuk hiasan dalaman berlampu LED. Namun agak sukar untuk mendapatkan hasil terbaik jika melakukan ukiran akrilik secara manual,” katanya.
Setelah mencari maklumat mengenai cara terbaik untuk melakukan ukiran tersebut, Mohamed Azam menemui penggunaan mesin CNC ini.“Namun harga mesin ini terlalu mahal seperti yang sedia ada di pasaran. Saya tidak mampu kerana mencecah ribuan ringgit.
“Bermula dari situ, saya mula mencari maklumat untuk membina sendiri sebuah mesin CNC secara ekonomik,” katanya.
Sebelum memulakan pembuatan mesin tersebut, dia melakukan kajian secara terperinci untuk membina mesin tersebut.
“Pengetahuan penting dalam aspek mekanikal, elektronik dan perisian supaya tidak timbul masalah,” katanya.
Hampir setahun Mohamed Azam mengumpul ilmu dan kajian mengenai mesin CNC, usahanya mula membuahkan hasil.
Dibantu isterinya, yang mempunyai pengalaman dalam bidang mekanikal, terhasillah mesin pertama mereka pada tahun 2009.
Persaingan minima
Setiap perniagaan pasti ada cabarannya. Begitu juga dengan perniagaan yang dibina pasangan suami isteri ini.
“Kami juga tidak terkecuali. Apa sahaja dugaan yang datang, kami hadapi sama-sama dan Alhamdulillah berkat doa dan usaha, ia dapat diatasi dengan baik,” katanya.
Katanya, cabaran paling banyak adalah dari segi persepsi masyarakat tentang hasil mesin yang dihasilkannya.
"Ada yang suka membeza-bezakan produk tempatan dengan luar negara. Ia tidak menjadi masalah besar kerana setelah mereka melihat sendiri, semua persepsi dapat ditepis.
“Walau bagaimanapun, kami sentiasa memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang terbaik,” katanya.
Katanya, sejak awal menghasilkan mesin CNC, tidak banyak saingan yang diterima memandangkan masih tidak ramai yang berkecimpung dalam perniagaan ini.
"Rata-rata peniaga memilih perniagaan seperti makanan, tudung, kosmetik, pembinaan dan sebagainya. Amat sukar sekali untuk masyarakat kita menceburi bidang pembuatan mesin ini.
“Justeru itu, kami ingin melakukan perubahan ini. Bagi kami tiada yang mustahil. Jika orang Jerman, Jepun, Amerika Syarikat dapat membuat mesin ini, mengapa tidak kita,” katanya yang merasakan persaingan masih dalam tahap minimum.
Apatah lagi, syarikat itu merupakan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan mesin CNC di Malaysia.
Lebih murah daripada buatan luar negara
Dari segi produk pula, Mohamed Azam berkata, syarikatnya bukan sahaja menghasilkan satu produk sahaja tetapi pelbagai jenis mesin CNC.
Antara produk keluaran syarikatnya adalah CNC Router bagi kayu, batu, Plasma Cutter, CNC Milling, pencetak 3D, pengimbas 3D dan mesin Sand Blasting.
Katanya, ramai yang tahu harga mesin CNC sangat mahal dan hanya mampu dibeli syarikat besar atau modal tinggi.
“Namun kini semuanya telah berubah kerana syarikat kami menawarkan harga mesin serendah RM6,000 sehingga RM80,000 di pasaran.
“Perbezaan harga antara mesin keluaran Kurnia Al Rizq dibandingkan dengan keluaran luar negara adalah di antara 50 hingga 60 peratus lebih rendah,” katanya.
Katanya, kebiasaannya pelanggan mereka dapat menggunakan mesin CNC selepas ‘latihan asas percuma’ secara selama 12 jam yang dianjurkan syarikatnya.
Manakala mesin lain pula, pelanggan memerlukan lebih lama masa untuk belajar mengendalikannya antara empat bulan hingga 12 bulan untuk mahir menggunakannya.

0 Komentar untuk " Kurnia Al Rizq perintis mesin CNC "