Pendapatan masih rendah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pendapatan masih rendah

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan untuk melakukan perubahan dan mengkaji semula pendapatan kaum Bumiputera khususnya orang Melayu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar berkata, pendapatan pekerja Bumiputera kini berada di tahap semakin kritikal.

Menurutnya, dalam tempoh lima tahun, Malaysia dilihat berusaha mengejar status negara berpendapatan tinggi, namun hakikatnya, kehidupan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan.

"Menerusi perbincangan dan kajian, kami mendapati pendapatan Bumiputera tidak setara dan ia begitu rendah.

"Pendapatan yang diraih tidak selari dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Rata-rata pendapatan Bumiputera jauh lebih rendah berbanding kaum lain khususnya Cina," katanya pada sidang akhbar  Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 anjuran MTEM di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, kerajaan masih menggunakan model lama dalam pembentukan ekonomi negara dan kerana itu, tidak ada penyelarasan pendapatan untuk orang Melayu.
"Jika perkara ini dinilai semula, ia membantu lonjakan pendapatan negara. Kerajaan perlu melihat penyediaan ekonomi secara menyeluruh.

"Ketidakseimbangan dalam pembangunan sosio ekonomi berlaku kerana kerajaan hanya bersandarkan pada lokasi semata-mata," katanya.

Ketua Penyelidik MTEM, Azlan Awang berkata, kerajaan perlu memberi penumpuan semula terhadap Model Ekonomi Baru (NEM) 2010 memfokuskan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan matriks.

"NEM memberi fokus lonjakan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi ia tidak memberi kesan menyeluruh kepada Melayu.

"Berlaku agihan tidak setara yang menjejaskan ekonomi orang Melayu. Agihan hanya 15 peratus sahaja.

"Pendapatan isi rumah orang Melayu mencapai 83 peratus, masih bergantung faktor makan gaji. Pendapatan mereka pula sangat rendah atas pelbagai faktor termasuk pendidikan dan peluang," katanya.

Jelasnya, MTEM menyarakan kerajaan menaikkan gaji kepada 50 peratus dan dijadikan polisi dalam NEM.

“Berdasarkan kajian, orang Melayu belum bersedia menjadi rakyat di sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Jika ia tidak ditangani segera, jurang ini akan menjadi semakin besar antara etnik.

Katanya, Malaysia tidak perlu terikut-ikut polisi Bank Dunia untuk mencapai status negara maju memandangkan ia mahu memudahkan pengurusan dan pemberian hutang-hutang negara membangun.

"Untuk mencapai pendapatan perkapita AS$15,000 (RM56,261), Sarawak sudah mampu sejak 2013, selain Kuala Lumpur. Bagaimana pula nasib mereka di luar bandar? Malaysia harus memikirkan perkara itu," katanya.

Related Post

  • Sokong tubuh lembaga padi, beras MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan Kementerian Pertanian dan Industri…
  • Pendapatan masih rendah MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan untuk melakukan perubahan dan mengkaji semula pendapatan kaum…
  • Jangan jual negara PADA awal Jun lalu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bersama Bantah TPPA memulakan kempen 'Jangan Jual Negara' u…
0 Komentar untuk " Pendapatan masih rendah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ