TABUNG Waqaf ZuriatCARE diwujudkan bagi membantu masyarakat mengatasi pelbagai cabaran sosial di negara ini.
Pengerusi Awqaf Holdings Bhd (Awqaf), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, pada ketika ini sebanyak RM135,500 dana berjaya terkumpul bagi tabung tersebut.
Beliau memberitahu, program kebajikan pertama Awqaf ini memberi penekanan kepada dua perkara iaitu melindungi bayi dan majlis pernikahan secara beramai-ramai.
"Bayi adalah zuriat masa hadapan dan perlu dilindungi sebaik-baiknya.
"Untuk program ini, kami telah mendapat kerjasama begitu baik dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim bagi melindungi dan menjaga kebajikan anak-anak terbuang di negara ini," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Awqaf Corporate Park dan Tabung Wakaf ZuriatCARE di Putrajaya.
"Pelaksanaan ZuriatCARE itu menggunakan sepenuhnya kapasiti organisasi yang sedia ada dalam NGO.
"Tugas Awqaf ialah menyedia kemudahan kewangan menerusi sumber wakaf awam,” katanya.
Dalam pada itu katanya, Awqaf kini dalam rangka penganjuran program Bernikah Beramai-ramai.
"Awqaf melancarkan program Bernikah Beramai-ramai khas untuk pasangan Muslim membabitkan bayaran hanya RM500 sahaja bagi setiap pasangan.
"Majlis pernikahan dan persandingan bakal dijayakan dengan kerjasama Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dan dijangka akan diadakan pada September ini,” katanya.
Muhammad Ali berkata lagi, Tabung ZuriatCARE dipengerusikan Ahli Lembaga Pengarah Awqaf, Tan Sri Sa’adiah Sheikh Bakir.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Awqaf, Muhammad Sahar Mat Din berkata, sebuah komponen pembangunan projek tersebut iaitu blok Menara Awqaf untuk menjayakan aktiviti berkaitan bisnes dan keusahawanan akan dibina.
“Ia sebagai pusat sehenti bisnes kepada usahawan iaitu ruang yang disediakan ialah ruang pejabat, dewan persidangan, bilik latihan dan ruang pameran.
“Fasa pertama projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun secara berperingkat dan tiga blok lagi akan siap sepenuhnya enam tahun.
"Ia akan dimulakan awal 2016," katanya.
Beliau memberitahu, ketika ini, seramai 20 usahawan telah membeli ruang pejabat di Awqaf dan syaratnya ialah pembeli beragama Islam.

0 Komentar untuk " Tabung Waqaf bantu masyarakat "