Pelihara tradisi hasil isi kabung - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pelihara tradisi hasil isi kabung

ISI buah kabung merupakan bahan campuran dalam minuman yang melazatkan.

Namun bahan keluaran tradisional ini kurang mendapat tempat di restoran-restoran besar.

Ia setakat dijaja di gerai-gerai dan warong.

Isi buah berwarna jernih dan kenyal, sebesar biji anggur ini enak dimakan bila dicampur dalam ais kacang, cendol, minuman kordial, atau, satu ketika dulu, dalam ais kepal (ais batu campur).

Sekalipun tidak ada usaha pihak tertentu mempopularkan bahan makanan ini, ia terus muncul di pasaran terutama ketika Ramadan untuk dijadikan bahan berbuka puasa.

Semuanya kerana masih ada orang tua-tua di kampung yang setia menghasilkan bahan makanan ini.

Seorang daripada mereka Siti Aminah Awang Tengah, 71.
   ‎
Berkat usahanya, Siti Aminah meraih pendapatan kira-kira RM1,000 setiap Ramadan.

Pokok kabung atau nama botaninya "Arenga Pinnata" tumbuh liar di kawasan berbukit, tetapi disebabkan pembangunan pesat sektor pertanian dan pencerobohan hutan yang berleluas, pokok itu kini diancam kepupusan.

Menceritakan proses menghasilkan isi buah kabung, Siti Aminah berkata: "Prosesnya rumit dan pokok kabung jarang ditemui di pinggir kampung.

"Di tempat saya terdapat di sekitar Kampung Rambong," katanya.

Menurutnya, buah kabung yang dipetik direbus selama tiga jam untuk mendapatkan isinya yang lembut.

"Selepas itu, buah kabung dibiarkan sejuk, sebelum bahagian kepala buah itu dipotong dan dikapit bagi mengeluarkan isinya yang lembut.

"Isi buah kabung yang siap diproses perlu direndam dalam air bersih sekurang kurangnya tiga hari sebelum boleh dijual.

"Saya menjual sebungkus isi buah kabung RM2.00 di gerai pasar Ramadan di pekan Baling," katanya. - Bernama

Related Post

  • Harapkan pegar, pegar makan padi BUKAN niat untuk mendedahkan demi simpati atau mengaibkan diri sendiri dan keluarga apatah lagi bekas suami. Kisah in…
  • #KITAKANISLAM di Kuala Nal KERJA - kerja membersihkan masjid di Kelantan yang terjejas akibat banjir dijalankan dalam misi bantuan #KitakanIsla…
  • Gabungan aqli, naqli TERUJA tatkala mata ini melihat anak-anak cilik  mendaftar buat pertama kalinya di Kolej Permata Insan, Univers…
  • Cintai Rasulullah SAW… SAMBUTAN Maulidul Rasul masih lagi meriah diadakan di sana sini. Program yang dianjurkan sempena mengingati kelahiran…
  • Bermazhablah berlandaskan ilmu, bukan buta tuli SERING kali timbul persoalan mengenai kewajipan bermazhab. Terdapat pihak yang mengatakan individu Muslim wajib memil…
0 Komentar untuk " Pelihara tradisi hasil isi kabung "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ