Berbuka di sebalik runtuhan serangan di bumi Gaza - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Berbuka di sebalik runtuhan serangan di bumi Gaza

SUASANA berbuka puasa di seluruh dunia pasti sama, namun di bumi bergolak Gaza, latar belakang suasana berbuka puasa di bumi ini sangat berbeza dan mengingatkan mengenai peperangan yang mengorbankan lebih 1,500 orang awam dan meranapkan kediaman penduduk kawasan itu.

Beberapa keping foto yang menunjukkan penduduk Palestin berbuka puasa di tengah-tengah kediaman yang musnah pasti menyentuh hati kepada sesiapa yang melihatnya.

Sahar Fathi Zeyara, 40 tahun, ibu kepada 8 anak berkongsi cerita Ramadan yang mengingatkannya kepada harapan di masa depan.

Kediamannya yang terletak di kawasan kejiranan Al Shuja'aya salah satu kawasan yang paling teruk terjejas dalam perang Israel pada tahun 2014.

"Agak sukar untuk kami mengharungi kehidupan berkeluarga dalam keadaan sekarang. Saya sentiasa bimbang kehabisan gas memasak di mana saya terpaksa menggunakan kayu api utuk menyediakan juadah berbuka untuk anak-anak dan ditambah dengan ketiadaan bekalan elektrik," katanya dipetik Huffington Post.

Ditanya mengenai harapan untuk keluarganya sempena Ramadan, Shar berkata, apa yang saya harapkan adalah untuk terus tabah menghadapi kesukaran yang terpaksa dialami oleh keluarganya dan  penduduk miskin gaza yang lain.

"Anak-anak saya berharap agar dapat minum air sejuk terutamanya ketika cuaca panas," katanya.

Dalam pada itu, Jehad Abed, 37, berkata, Ramadan adalah bulan yang istimewa kepada umat Islam dan berharap agar  ia akan memberi peluang kepada semua rakyat di Gaza untuk menikmatinya, kerana kebanyakan kita berada di bawah ketakutan yang luar biasa pada Ramadan sebelum ini.

Sementara itu, Middle East Monitor melaporkan Dewan Perdagangan di Gaza berkata, hampir dua juta rakyat Palestin hidup di bawah keadaan ekonomi terburuk dalam beberapa dekad ini kesan bencana serangan musim panas lalu oleh tentera Israel dan sekatan Israel terhadap Palestin.

Related Post

0 Komentar untuk " Berbuka di sebalik runtuhan serangan di bumi Gaza "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ