LETIH berpuasa, saya tidak mahu menulis topik yang berat-berat. Lebih baik bercakap mengenai satu perkara santai, tetapi amat relevan dengan situasi lapar dan dahaga, iaitu makan.
Agaknya sebab faktor usia - kini 61, semua bertambah longgar dan lemah - saya semakin suka meninjau dan memerhati. Maka, Ramadan al-Mubarak selalu menemukan saya dengan makanan dan minuman yang pelik-pelik.
Pertama kali berpuasa ketika berkhidmat di Kelantan, saya terkejut beruk apabila seorang pemberita pelatih menawarkan saya air tuak untuk berbuka. “Kalau tak ada tuak macam tak sah berbuka!” katanya mempromosi.
Tuak? Beriftar minum tuak di negeri Serambi Makkah? Setahu saya tuak adalah sejenis minuman memabukkan, sama macam arak. Kalau tidak berpuasa pun kita diharamkan minum arak.
Sebut tuak teringat saya ketika mula-mula menjadi pemberita di KL, apabila kerap sangat akhbar menyiarkan gambar lelaki terlentang di tepi jalan, tidak sedarkan diri gara-gara mabuk tuak. Biasanya itu terjadi di kawasan Sentul.
Tetapi tuak di negeri Cik Siti Wan Kembang, berbeza dengan tuak KL. Apa yang disebut tuak sebenarnya air nira kelapa yang tidak memabukkan, sebaliknya amat lazat dan melegakan dahaga jika diminum sejuk, hmmm.
Di pantai timur juga saya diperkenalkan dengan beraneka kuih-muih tradisional yang namanya pelik-pelik. Antara yang terlaris di bazar Ramadan sekitar Pasar Siti Khadijah ialah tahi itik. Kalau orang luar dengar, pasti loya tekak. Sudahlah minum tuak, makan pula tahi itik!
Ada juga jala emas, diperbuat daripada telur, warna kekuningan dan amat manis. Saya suka kuih ‘akok’ yang kemanisannya boleh kekal di tekak sehingga waktu sahur. Mungkin kuih ini dari istilah ‘kakok’ atau bahasa bakunya ‘kakak’. Maka saya teringat ‘Kok Doh’ yang
menjual ‘colek’ depan Masjid Al-Salam Pengkalan Chepa.
Di KL pun - juga di tempat-tempat lain - sepanjang bulan al-Mubarak ada macam-macam makanan dengan nama yang pelik-pelik. Paling popular di kebanyakan bazar ialah makanan dengan nama Inggeris, iaitu roti John. Kenapa John, dan tidak Johan atau Johari, atau
Joyah?
Sejenis kuih kegemaran saya berwarna hijau muda, diperbuat daripada pulut, berkelapa parut dan dimakan dengan cecair gula Melaka. Memang kuih Melayu original, tetapi sejak dulu disebut menggunakan nama Portugis. Itulah kuih lopes, sama bunyi macam Lopez de
Sequiera, penakluk Melaka.
Popular juga ialah cekodok, kependekan daripada perkataan asal cucur kodok. Kodok dalam bahasa Jawa maknanya katak. Makan katak gorenglah kita! Di sesetengah tempat makanan ini dipanggil jemput-jemput.
Kalau hendak kira paling besar dan paling liat tentulah badak berendam. Ini pun boleh ditemui bulan puasa. Bayangkan sang badak berendam di Zoo Negara. Paling cantik lagi memberahikan ialah puteri mandi. Tidaklah diketahui macam mana kuih pulut bergula itu diberi
nama puteri mandi.
Sebuah gerai di bazar Ramadan di Ipoh ada kuih manja, konon kerana membuatnya memerlukan kesabaran tahap tinggi dan bentuknya sempoi. Di bazar Taman Bendahara Kota Bharu pula orang berebut membeli buah 'kekoh chaa', atau dipanggil juga onde-onde.
Ada ayam penyet, ada juga sup buntut, keduanya pilihan utama digerai milik orang Indonesia. Di Satok, Kuching, Sarawak ada botok ikan tenggiri dan botok telur masin. Cuma ejaan ‘botok’ telah diubah supaya menjadi lebih trendy, ‘botox’.
Satu yang ketara tahun ini penjaja di bazar Ramadan rata-rata mengenakan harga yang jauh lebih tinggi, alasannya GST. Bukan sahaja mahal, sesetengah peniaga disahkan menipu pembeli.
Seperti yang dirungutkan oleh seorang bekas wartawan kanan yang sejak pencen sentiasa mengunjungi tempat-tempat menjual makanan sepanjang bulan puasa. Ceritanya, disampaikan menerusi sms, begini:
Petang semalam dia mengunjungi sebuah gerai di Bangsar dan membeli dua jenis kuih kegemaran untuk berbuka. Dia membeli dua keping cucur udang, dan dua lagi cucur badak.
Sebaik tiba di rumah untuk berbuka, baru dia sedar telah ditipu hidup-hidup. Apabila membuka bungkusan cucur udang, memang jelas ada udang sebesar jari kelingking di atas kuih tersebut. Tetapi apabila cucur badak dibuka, ternyata tidak ada badak!
Selamat meneruskan ibadah puasa hingga ke akhir Ramadan. Maaf sekiranya terlanjur kata di bulan mulia ini.

0 Komentar untuk " Kuih pelik di bazar Ramadan "