VIRUS denggi muncul sebagai ancaman besar kepada kesihatan global, terutamanya kawasan tropika dan sub-tropika.
Disebabkan ketiadaan terapeutik atau vaksin berkesan untuk denggi, pencegahan jangkitan denggi adalah terhad kepada aktiviti promosi kesihatan dan kawalan penyakit bawaan vektor.
Sehubungan itu, adalah penting untuk membentuk suatu model ramalan yang boleh menentukan sama ada wabak akan berlaku atau tidak, untuk membantu masyarakat bersedia sekiranya wabak denggi kompleks berlaku.
Mengetahui apa yang kita akan hadapi, membolehkan kita untuk mengambil tindakan pencegahan dengan lebih serius pada peringkat awal bagi mengelakkan wabak yang menjadi antara pembunuh utama negara ini daripada berleluasa.
Dr Dhesi Baha Raja iaitu penuntut Doktor Sarjana Kesihatan Awam di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang juga Presiden Persatuan Profesional Perubatan Bersepadu Malaysia (Mimpa), bersama sepasukan kepakaran dari Multimedia University, Kementerian Kesihatan dan Teradata telah bekerjasama membangunkan Aplikasi Denggi Indeks yang boleh membantu meramalkan wabak denggi.
Ia adalah satu aplikasi yang telah dibina berdasarkan analisis cuaca, tapak pembinaan dan perumahan, statistik denggi dan data-data lain yang berkaitan untuk menghasilkan indeks ramalan bagi setiap tempat-tempat kejadian di Malaysia.
Penuntut kedoktoran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas ini berharap dengan tercetusnya model peramal denggi melalui Big Data analitikini, rakyat dan kerajaan mampu mengenal pasti masalah ini pada peringkat awal kerana vektor denggi (nyamuk aedes) ini berkait rapat dengan faktor persekitaran kita.
Sekiranya umum tahu apa dan bila sesuatu wabak akan berlaku, masyarakat akan lebih mampu untuk menghentikannya.
Walau bagaimanapun, indeks ramalan ini bukan bermaksud umum boleh mengendahkan faktor kebersihan dan kerjasama komuniti dalam membanteras wabak denggi.
“Apabila anda memasukkan data, aplikasi akan memberitahu jika anda berada dalam kawasan berisiko tinggi. Malah aplikasi ini akan membantu untuk memberitahu anda kemungkinan wabak dan di mana adalah hotspot terdekat. Ia boleh meramalkan hotspot denggi satu bulan lebih awal.
“Aplikasi ini menggunakan pemboleh ubah yang berbeza seperti arah angin, halaju, hujan, ribut petir, radiasi solar, tapak pembinaan dan ketinggian.
Data dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan digunakan sebagai elemen peramal wabak denggi," kata Dr Dhesi sambil menjelaskan bahawa ramalan daripada aplikasi ini adalah 88 peratus tepat.
Sasaran utama model peramal ini ialah aplikasi web menggabungkan Sistem Sokongan Keputusan dan Indeks Denggi; Aplikasi Standalone dan model ramalan menggunakan Decision Tree dan Bayesian Network.
Input model ini dibentuk melalui Data Cuaca (taburan hujan, halaju angin dan arah, min / max suhu, radiasi solar, kelembapan dan penunjuk ribut petir ); Data Pembinaan (statistik pembinaan suku tahunan oleh negara untuk lima tahun yang lalu); Data Atmosfera (data peringkat negara) dan Data Altitud.
Analisis: Penyelidik menggunakan gabungan analisis statistik dan big data analitik untuk mengenal pasti variable penting yang memberi kesan insiden denggi melalui GLM (Aster); Pokok Keputusan (Aster/Weka) dan Bayesian Network (GeNie).
Inovasi ini telah memenangi Pertandingan Big Data peringkat kebangsaan yang diadakan untuk mengenal pasti dan memupuk rakyat Malaysia yang berbakat dalam mereka bentuk dan membina aplikasi Big Data untuk pembinaan ilmu sejagat.
Lebih daripada 100 pasukan telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Multimedia dan Komunikasi, MDEC, TENTSPARK, IBM dan Microsoft.
Inovasi ini juga telah memenangi Singularity University’s Global Impact Competition 2015. Bagi kategori idea inovatif, Dr Dhesi yang berasal dari Sabah ini telah menerima biasiswa selama dua bulan untuk mengikuti pengajian siswazah di National Aeronautics and Space Administration (Nasa) Research Park di Lembah Silikon, Amerika Syarikat, tajaan Google Inc. dan kumpulan kewangan ECM Libra.

0 Komentar untuk " Model Peramal Denggi "