Kawal emosi untuk elak jenayah bunuh - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kawal emosi untuk elak jenayah bunuh

KEGAGALAN seseorang individu untuk mengawal emosi dan perasaan marah boleh menjurus mereka untuk melakukan perbuatan di luar kawalan termasuk membunuh.

Demikian antara penemuan yang diperoleh daripada kajian graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kriminologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohammad Rahim Kamaluddin.

Beliau yang mengkhusus dalam kajian membuat profil pembunuh lelaki di Malaysia berkata, menerusi temu ramahnya dengan lebih 100 pembunuh yang sedang menjalani hukuman, banyak input yang boleh dikongsi bersama umum.

"Secara keseluruhan, pembunuh di negara ini sebilangan besarnya didapati membunuh disebabkan faktor emosi (expressive murder), iaitu didorong oleh perasaan marah, geram atau tidak berpuas hati dengan mangsanya.

"Ini adalah antara penemuan penting yang perlu diberi perhatian dengan sewajarnya oleh semua pihak kerana perasaan marah jika tidak dibendung akan membawa kepada perlakuan yang tidak dijangka termasuk menghilangkan nyawa seseorang," katanya.

Anak kelahiran Perak itu juga berkata, motif pembunuhan juga boleh ditentukan dengan meneliti keadaan mangsa termasuk bagaimana dia dibunuh, berapa tikaman yang dibuat, objek yang digunakan dan sebagainya.

"Maklumat-maklumat ini amat penting untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengetahui motif di sebalik pembunuhan.

"Justeru bidang ini amat penting dan lebih banyak kajian diperlukan untuk meneliti corak jenayah dan mencari penyelesaian terbaik untuk sekurang-kurangnya menurunkan kadar jenayah dengan berkesan," katanya.

Beliau juga berharap lebih ramai akademia mengkhusus dalam kajian kriminologi bagi mendapatkan input penting untuk menyumbang dalam salah satu bidang keberhasilan utama negara (NKRA) iaitu mengawal kadar jenayah di negara ini.

"Akademia boleh turut menyumbang dengan menghasilkan kajian-kajian yang berkaitan khususnya dalam mengenali jenayah secara lebih khusus. Input kajian boleh dijadikan asas penting untuk memberi panduan dan kesedaran kepada masyarakat supaya lebih bersedia serta mengambil langkah terbaik bagi mengelak dari terlibat atau menjadi mangsa jenayah," katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Omar Osman berkata, universiti amat berbangga dengan kejayaan para graduan, khususnya dalam bidang-bidang kritikal yang dapat memberi sumbangan kepada komuniti dan negara secara keseluruhan.

Beliau turut kagum dengan pencapaian graduan pada 2011 yang terdahulu, turut di anugerah dengan Anugerah Pelajaran Diraja dan Pingat Emas Canselor atas kecemerlangannya dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Sains Forensik).

"USM sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada usaha pemindahan ilmu kepada masyarakat dan turut komited membudayakan penyelidikan dan inovasi untuk membawa negara ke tahap negara maju," katanya.

Related Post

  • Hari di mana bumi New Delhi bergegar SABTU lepas bukanlah hari biasa dan pening yang dialami juga bukanlah berkaitan kesihatan penulis. Sepertimana mingg…
  • Hantaran kahwin mahal? PERIHAL hantaran perkahwinan yang mahal ini sebenarnya isu klise yang berbolak-balik sejak zaman pasca moden. Meski …
  • Bumi adalah masjid PERKATAAN masjid berasal daripada 'sajada-yasjudu' bererti sujud, kemudian membentuk kata 'masjid' yang bererti tempa…
  • Menjejaki Melayu Islam Australia SEJARAH penghijrahan orang Melayu ke Australia sebagai pengusaha pertanian kelapa, tebu dan penuaian mutiara menjadi …
  • Nampak baik tapi riak ADAKAH ada antara kita yang suka berpenat-lelah bekerja, malangnya kerja itu tidak memberikan apa-apa hasil pun? Atau…
0 Komentar untuk " Kawal emosi untuk elak jenayah bunuh "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ