M-Sotropin produk untuk bina badan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

M-Sotropin produk untuk bina badan

MEMPUNYAI cita-cita untuk melahirkan lebih ramai atlet bina badan pada masa akan datang, Abd Hafiz Abd Wasa mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dalam sektor kerajaan dengan menceburi bidang perniagaan.

Anak kelahiran Terengganu ini pernah bekerja sebagai pegawai farmasi di salah sebuah klinik kerajaan selama lima tahun, sebelum meletak jawatan pada Julai 2014 bagi memenuhi minatnya menjadi usahawan.

Menurutnya, selepas berhenti bekerja, dia kemudian membuka farmasi sendiri hasil daripada duit yang disimpannya sebelum mengambil keputusan menubuhkan satu lagi syarikat baharu.

Dikenali sebagai Mesotropin Sdn Bhd (Mesotropin), Abd Hafiz kemudian menggunakan kemahiran dan pengetahuannya dalam bidang farmasi untuk menghasilkan makanan tambahan kepada atlet bina badan dan sukan.

“Saya telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama enam bulan bagi menghasilkan produk pertama dikenali M-Sotropin dan ketika itu saya masih bekerja sebagai pegawai farmasi.

“Penghasilan M-Sotropin amat teliti memandangkan kami mengutamakan keselamatan pengguna dan tidak menggunakan bahan-bahan yang menyebabkan risiko kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Selepas R&D M-Sotropin selesai dijalankan, Abd Hafiz kemudian memohon kelulusan produk tersebut daripada bahagian kimia dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebelum memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Untuk pengetahuan semua produk pertama Mesotropin iaitu M-Sotropin dihasilkan dalam bentuk tablet bagi memberi tenaga ketika bersenam dan workout untuk membina otot-otot serta memberi tumpuan ketika workout,” katanya.

Selepas lima bulan M-Sotropin berada dalam pasaran, Mesotropin mengambil langkah agresif dengan memperkenalkan dua lagi produk baharunya, G-Sotropin dan VytoPlus yang dijangka berada di pasaran bulan ini.

"G-Sotropin memfokuskan kepada kekuatan otot dan meningkatkan stamina ketika workout. Manakala VytoPlus pula mengandungi vitamin dan mineral sebagai antioksida bagi menghalang radikal bebas," katanya.

Sasar jualan RM500,000 sebulan

Ditanya dari segi jualan M-Sotropin, Abd Hafiz berkata, perolehan jualan di awal perniagaan syarikatnya kurang memberangsangkan dan memperoleh sekitar RM60,000 hingga RM70,000 sebulan.

“Kemudian kami mengambil inisiatif dalam melaksanakan pemasaran secara agresif melalui pengiklanan di majalah Maskulin, akhbar Sinar Harian dan juga di stesen radio.

“Alhamdulillah kaedah ini berkesan dan jualan kami melonjak kepada RM200,000 sebulan. Ini menunjukkan produk kami makin mendapat tempat dalam pasaran,” katanya.

Untuk sasaran jualan produk Mesotropin, Abd Hafiz menyasarkan jualan sebanyak RM500,000 setiap bulan bagi ketiga-tiga produknya.

“Ini bersesuaian dengan matlamat kami untuk menjadikan Mesotropin sebagai jenama bina badan nombor satu di Malaysia dan melahirkan lebih ramai atlet bina badan yang mampu bersaing di luar negara,” katanya.

Cari 100 ejen baharu

Abd Hafiz turut berkongsi kejayaan Mesotropin menembusi pasaran Indonesia dan Brunei, selain berada dalam pasaran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak.

“Bagi yang mencari produk Mesotropin ia boleh didapati hampir kesemua pusat gym dalam negara dan juga di farmasi terpilih pada harga yang berpatutan.

“Selain itu, kami juga mempunyai lebih 20 stokis dan 100 ejen seluruh negara yang turut membantu memasarkan produk kami lebih agresif kepada mereka yang ingin mencubanya,” katanya.

Mesotropin juga turut mencari 100 ejen baharu untuk memasarkan dua produknya yang bakal dilancarkan dalam bulan ini.

Bagi yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus 019-953 1866 atau melayari laman sesawang www.mesotropin.my serta melawat laman sosial Instagram @mesotropinhq dan Facebook mesotropinhq.

0 Komentar untuk " M-Sotropin produk untuk bina badan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ