JIKA tidak bijak membelanjakan duit, pasti ada sahaja yang digunakannya hingga kepada perkara yang tidak perlu. Seharusnya wang gaji yang diperolehi digunakan sebaik mungkin dan menyimpan sedikit untuk digunakan pada masa kecemasan.
Roslan, 40, (bukan nama sebenar) seorang yang tidak pernah menyimpan sebahagian gajinya. Sentiasa merasa cukup dengan gaji diperoleh setiap bulan, Roslan bahagia bersama isteri dan empat orang anaknya.
Roslan seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab dan berjawatan tinggi di sebuah firma guaman.
Sebagai tempat bergantung kepada keluarganya, Roslan mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan dan kos hidup keluarganya.
Dua tahun lalu, salah seorang daripada anaknya disahkan menghidap penyakit leukemia. Penyakit tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi, dan kerana anak Roslan tidak dilindungi insurans, Roslan telah membayar bil-bil perubatan anaknya menggunakan kad kredit.
Di sini bermulalah kesilapan Roslan dalam menguruskan kewangan apabila menangguhkan pembayaran bulanan rumahnya untuk membayar bil perubatan anaknya.
Roslan sedar akibat daripada menangguhkan pembayaran bulanan rumah tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain.
Di saat itu, Roslan mula memohon lebih banyak kad kredit dan pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan tersebut.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila ayah mertua Roslan pula diserang penyakit angin ahmar dan menyebabkan dia juga terpaksa menanggung perbelanjaan ayah mertuanya yang sudah tidak bekerja.
Ini bermakna, di samping menanggung keluarganya, Roslan terpaksa menanggung perbelanjaan bil-bil perubatan ayah mertuanya juga.
Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Perbelanjaan perubatan penyakit anak Roslan dan ayah mertuanya semakin meningkat.
Hingga pada satu ketika, bayaran bulanan rumahnya tertunggak selama tiga bulan. Pada suatu hari, Roslan menerima surat amaran daripada bank yang menyatakan dia perlu akan dikenakan tindakan undang-undang jika gagal membayar ansuran rumahnya pada masa yang ditetapkan.
Sedar akan masalah yang bakal dihadapinya, Roslan pergi ke bank tersebut dan berbincang dengan pegawai terbabit akan masalah yang dihadapinya.
Pegawai tersebut mencadangkan Roslan agar pergi ke AKPK untuk mendapatkan bantuan. Apabila mendapat tahu tentang perkhidmatan percuma yang ditawarkan AKPK, Roslan terus datang ke pejabat AKPK dan berjumpa dengan kaunselor AKPK.
Kaunselor tersebut membuat jadual penstrukturan semula pembayaran bulanan pinjaman Roslan kepada bank yang telah dipersetujui.
Dengan ini, Roslan mampu untuk membayar balik pinjaman dari pihak institusi kewangan dan juga menanggung perbelanjaan keluarganya tanpa masalah.
“Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.”

0 Komentar untuk " Beringat sebelum kena "