BAYANGKAN jika berlaku kematian melibatkan orang Islam di kejiranan anda dan ketika itu tidak ada individu yang mahir dalam bab pengurusan jenazah, pasti keadaan agak kelam-kabut dan menjadi lambat sedangkan urusan pengebumian perlu disegerakan.
Kerana itu, penuntut Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) mengambil inisiatif menganjurkan kursus pengurusan jenazah bertujuan melahirkan pelapis yang profesional dalam urusan fardu kifayah dan ilmu kemasyarakatan ini di Surau Al-Muhajirin Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur pada 26 April lalu.
Kursus separuh hari tersebut memberi penumpuan terhadap pembelajaran pengurusan jenazah bermula dari cara untuk memandikan, mengkafankan, mengebumi dan akhir sekali, cara untuk menyembahyangkan jenazah serta amalan sunat lain bagi membantu jenazah.
Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli jawatankuasa surau, kariah surau dan juga Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin; Sazali Che Amat.
Kursus dibahagikan kepada dua kumpulan, untuk Muslim dipimpin Muhammad Amin Azman Shah. Manakala, bagi kumpulan Muslimah dikelolakan oleh Arishah Ismail.
Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada siswa dan siswi Fakulti Pengajian Islam Mediu dengan dibantu beberapa ahli Persatuan Pelajar Malaysia Mediu.
Kursus pengurusan jenazah ini adalah sebahagian daripada program khidmat masyarakat Mediu dan diadakan secara percuma dengan disertai kira-lira 50 anak muda sekitar Kota Damansara.
Terdapat banyak lagi program yang bakal dijalankan antaranya ialah bahasa Arab, motivasi kehidupan dan kecemerlangan, tahsinul ibadah dan qiraatul Quran serta madrasah du’at.
Kepada mana-mana pertubuhan atau institusi yang berminat untuk bekerjasama dalam program khidmat masyarakat ini bolehlah menghantar cadangan kepada Unit Khidmat Masyarakat, Jabatan Perhubungan Awam Mediu di emel jamaluddin.hussain@mediu.edu.my atau hubungi 03-55113939.

0 Komentar untuk " Latih anak remaja urus jenazah "