SEORANG pesakit di Amerika Syarikat didapati menghidapi asma sedangkan beliau tidak mengalami alahan dan tidak merokok. Beliau pernah beberapa kali dimasukkan ke pusat rawatan rapi kerana mengalami sesak nafas yang teruk.
Pesakit dipreskripsi ubat-ubatan berdasarkan garis panduan perubatan piawai (standard medical guidelines). Langkah tersebut membantu meredakan asma yang dialami pesakit dan tidak perlu kepada rawatan kecemasan selama setahun.
Apabila pesakit dirujuk kepada Dr Daniela Drake, beliau mencadangkan pesakit mengamalkan terapi diet yang bersesuaian dengan sindrom kebocoran usus (SKU). Amalan tersebut didapati membantu pesakit bebas daripada asma tanpa perlu makan sebarang jenis ubatan moden.
Golongan perubatan moden dikatakan menganggap SKU yang juga dikenali sebagai peningkatan ketelapan usus hanya merupakan idea pengamal perubatan alternatif. Jadi, doktor dikatakan akan menolak cadangan supaya mendiagnosis pesakit berdasarkan simptom yang mungkin berpunca daripada kebocoran usus (penulis: dengan alasan tiada bukti kajian sains terutama jenis gold standard).
Sains asas diperlekeh
Dr Daniela Drake dalam artikelnya berjudul ‘New Research Shows Poorly Understood “Leaky Gut Syndrome” Is Real, May Be the Cause of Several Diseases’, menyatakan perbuatan tersebut adalah anggapan yang benar-benar tidak saintifik. Bukti bukan hanya didapati dalam bentuk kajian berasaskan ubat-ubatan yang ditaja oleh pengeluar ubat-ubatan malah ia juga diperoleh daripada (penjelasan berasaskan) sains asas dan pemerhatian yang dilakukan dengan cermat.
Tambahnya, bukti berasaskan sains asas dan pemerhatian sedemikian jangan diperlekeh hanya kerana ia tidak menepati dogma perubatan semasa. Sikap memperlekeh menyebabkan golongan perubatan moden terlepas banyak peluang bagi membantu orang ramai sembuh dari penyakit yang mereka alami.
Penulis pernah menonton sebuah rancangan dokumentari National Georaphic berkaitan pencarian punca banjir besar yang dipercayai membantu bahtera Nabi Nuh AS timbul dan bergerak ke arah timur laut. Saintis percaya banjir besar tersebut berlaku akibat tsunami yang berpunca dari ledakan Gunung Etna di Sicily sekitar 6,000-10,000 tahun sebelum Masehi. Namun, kaitan tersebut tidak semestinya dapat dijadikan sebagai bukti sahih.
Pada bahagian akhir rancangan tersebut, pengacara menyebut ungkapan yang menarik perhatian penulis yang berbunyi “Absense of evidence is not evidence of absence.” Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang, ‘Ketidakwujudan bukti tidak membuktikan ketidakwujudan.’
Ketidakwujudan bukti kaitan antara kebocoran usus dengan pelbagai penyakit autoimun dan keradangan yang dipercayai oleh sebahagian besar golongan perubatan moden tidak semestinya bermaksud membuktikan ketidakwujudan kaitan. Seperti dinyatakan oleh Dr Drake, bukti kaitan terdapat daripada penjelasan berdasarkan sains asas dan pemerhatian yang yang dilakukan dengan cermat.
Berdasarkan kajian berbentuk semakan, Dr Alasio Fasano percaya bahawa sejenis protein dikenali sebagai zonulin mampu membuka ‘laluan sempit’ (tight junction) yang penulis percaya ia sebenarnya merujuk kepada pengangkut protein. Setakat ini bakteria dan gluten (terdapat dalam tepung gandum) diketahui bertanggungjawab membina zonulin.
Untuk keterangan lanjut mengenai kajian Dr Fasano, sila baca artikel berjudul ‘Zonulin and Its Regulation of Intestinal Barrier Function: The Biological Door to Inflammation, Autoimmunity, and Cancer’ terbitan Physiological Reviews (2011). Artikel berbentuk perbahasan berjudul ‘Gut health’: a New Objective in Medicine? tulisan Stephan C Bischoff yang terbit dalam jurnal BMC Medicine (2011) menyeru golongan saintis dan doktor agar tidak memfokuskan semata-mata kepada rawatan terhadap penyakit usus yang biasa diketahui sahaja.
Beliau mengajak mereka agar memberi perhatian kepada penyakit sekunder (berpunca daripada kebocoran usus) dan pengamalan perubatan preventif. Beliau percaya beberapa langkah beberapa aspek gaya hidup seperti makanan seimbang, senaman sederhana diamalkan berterusan, mengelakkan stres kronik, mengamalkan prebiotik dan probiotik dapat membantu menyokong kesihatan usus yang sempurna.
Kepelbagaian simptom akibat kebocoran usus menyebabkan golongan perubatan moden menyatakan bahawa tidak masuk akal untuk mengaitkan simptom yang dialami dengan masalah berlaku pada usus. Setakat ini dikatakan terdapat lebih kurang 80 jenis penyakit automimun di mana sebahagian punca penyakit dilabelkan sebagai ‘tidak diketahui’ puncanya.
Namun, ramai saintis penyelidik dikatakan menganggarkan bahawa usus bertanggungjawab terhadap lebih daripada dua pertiga aktiviti sistem imun. Jadi, pada pandangan penulis tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masalah yang berlaku pada usus boleh mengganggu keseimbangan fungsi sistem imun dan seterusnya mencetus proses pembentukan penyakit.
Punca ketidakseimbangan
Selain lesu kronik, fibromyalgia, asma, tindak balas makanan, sindrom rengsa usus, penyakit Crohn, penyakit Celiac, sakit kepala dan artritis terdapat pelbagai penyakit lain dikaitkan dengan kebocoran usus. Ia termasuk antara lain penyakit seakan-akan autisme (ia mungkin benar-benar autisme), masalah memfokuskan (attention deficit hyperactivity disorder, ADHD), diabetes, gout, kanser kolon, sakit ulu hati (reflux esofagus), hepatitis, nutrien tidak seimbang, psoriasis, eczema, dermatitis, sindrom Sjogren, ulser usus, schizophrenia, masalah tiroid, candidiasis dan penyakit Raynaud.
Ketidakseimbangan koloni bakteria baik-jahat atau pembiakan yis candida albicans secara tidak terkawal dipercayai antara punca utama kebocoran usus. Antibiotik, ubat-ubatan moden tertentu, kemoterapi, radioterapi, dadah jalanan (berjadual), vaksin, stres kronik, arak, bahan-bahan kimia dalam makanan terproses dan makanan bergula tinggi dipercayai punca ketidakseimbangan tersebut.
Mannitol dan Lactulose Test ialah ujian yang digunakan oleh sesetengah pengamal di Amerika Syarikat. Pada usus sihat, mannitol mudah diserap. Sebaliknya lactulose diserap pada paras rendah I kerana saiz molekulnya besar. Urin diperiksa selepas 5 jam mengambil kedua-dua larutan. Paras mannitol tinggi dan lactulose rendah adalah normal. Paras kedua-dua bahan tinggi maka kebocoran usus dialami. Jika kedua-dua paras bahan didapati rendah pula, ia tidak diserap dengan sempurna.
Rawatan harus ditumpukan kepada mengelakkan makanan yang memburukkan lagi simptom kebocoran usus termasuk makanan bergula tinggi, perisa makanan dan makanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia aditif. Makan tinggi protein dan lemak sihat terutama dari jenis tepu harus diutamakan.
Minyak kelapa dara dan madu Manuka dari New Zealand dikatakan dapat membantu meredakan kebocoran usus. Air rebusan daun jambu batu dipercayai mampu meredakan diarea yang biasa dialami oleh penghidap kebocoran usus.

0 Komentar untuk " Koloni mikroflora tidak seimbang punca SKU "