ADA sesuatu pada wanita ini. 'Jiwai Aura mu' - lihat rezeki bukan hanya pada aspek kewangan, malah dari pelbagai sudut diberikan olehNYA.
Pengarah Urusan Richcube Sdn Bhd dan JM Malaya Ventures, Julinda Miswan kini boleh berbangga produk Mandian Aura Rezeki kian mendapat sambutan.
Bermula hanya 200 kilogram (kg) garam mandian sehari, dia tidak pernah fikir keuntungan semula peroleh, kini hampir lebih 2000kg garam mandian mampu dikeluarkannya setiap hari biarpun baharu bermula Februari lalu.
Permintaan bukan sahaja dari dalam negara, malah menjangkaui Singapura dan Brunei. Pihaknya juga dalam perbincangan kemasukan pasaran ke Indonesia dan Texas USA.
"Syukur dengan peluang ini, orang lain turut dapat tambah kewangan mereka. Walaupun baharu empat bulan, ada jemaah (ejen) sudah capai pendapatan sampingan melebihi RM20,000, RM10,000, RM5,000 dan pencapaian tertinggi jualan Aura Rezeki setakat empat bulan dalam pasaran hampir mencecah RM1 juta jualan.
"Paling utama nawaitu utama saya beri ketenangan pada semua jiwa di luar sana dengan izinNYA. Insya-ALLAH bila jiwa tenang, kita dapat lakukan ibadah sebaiknya dan jiwa lebih dekat denganNYA," katanya.
Dikenali dengan gelaran JM, ibu pada tiga cahaya mata berusia 38 tahun ini berkata, di samping itu beliau mahu menyebarkan khasiat 1001 rahsia alam kepada mereka memerlukan.
Biarpun baharu menceburi bidang ini, namun kecantikan sudah sebati dalam diri anak bongsu daripada 13 adik-beradik berasal dari Kampung Tanjong Sepat, Banting ini. Semuanya mahu cantik dan molek.
Namun apa diperoleh isteri jurutera, Jamaludin Sulaiman ini tak semudah disangka. 'Dilanda badai' besar dalam hidup tak patahkan jiwa kentalnya.
Malah 'anak orang laut' kerana bapanya bekerja sendiri menangkap udang untuk dijadikan belacan dan ibu suri rumah ini, kian gigih bina empayar perniagaannya.
Kehidupan mencabar
Bisnes pertamanya bermula dengan syarikat multi lavel marketing (MLM) terkemuka, pada 1999 sehingga 2004.
Lima tahun pengalaman dalam perniagaan itu dirinya diduga.
Kejatuhan perniagaan tak pernah difikirkannya - bank tarik kereta, anak-anak ketika itu hanya diberi minum air teh dan sirap, suami pula pada masa sama tertekan dengan kerja dan ambil keputusan berhenti.
"Duit VSS suami terima boleh bertahan hanya beberapa bulan. Dia mula asingkan diri. Kehidupan suami amat berubah seolah-olah tidak punya sesiapa termasuk saya dan anak-anak, disebabkan masalah kewangan.
"Berbekalkan pengalaman dan keyakinan diri, saya mulakan perniagaan baharu. Pengalaman dalam MLM sangat membantu dari segi dalaman jiwa. Saya ceburi bidang pembekalan hadiah korporat kepada jabatan kerajaan dan swasta pula, tanpa modal di tangan," ceritanya.
Syukur ketika itu perniagaannya maju dan kehidupan kembali asal, suami pula mendapat kerja baharu, sekali lagi ALLAH menduganya.
Pada 2013, perniagaan diusahakan selama sembilan tahun mulai jatuh. Silapnya kerana mudah percaya orang dan akhirnya menjerat diri dengan hutang bukan dibuatnya.
"Ketika itu gambar saya ditampal di setiap tingkat bangunan dekat kedai saya kerana gagal bayar hutang. Nama penuh saya lengkap dengan nombor kad pengenalan serta ayat 'berhati-hati dengan perempuan ini kerana tidak mahu bayar hutang' ditulis.
"Hanya ALLAH tahu keadaan saya ketika itu, diri seolah-olah rebah, keyakinan diri tiada lagi. Mac 2014 saya akur suami tidak reda perniagaan ini diteruskan, kerana tak mahu tambah hutang yang ada," katanya.
Setelah memberhentikan semua staf, Julinda memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah, di samping muhasabah diri sedalamnya, mencari ketenangan jiwa. Menghabiskan masa dengan ibadah, zikir dan bersedekah, antara amalannya.
"Oktober 2014, saya mula amal mandi garam dan kebergantungan penuh padaNYA, rezeki dari pelbagai sudut dan saya peroleh ketenangan jiwa luar biasa, keyakinan diri dan matlamat mulai jelas. Ini ingin saya kongsi dengan mereka di luar sana.
"Apa pun kunci kejayaan wanita terletak pada reda suami. Hormati suami walau setinggi mana kita berada, insya-ALLAH hidup tenang, rezeki mudah diperoleh dan makin bahagia, sentiasa jaga hati agar diri sentiasa mengingatiNYA," katanya yang turut punya ramai followers di FB, JM Mis Wan dan Instagram, Aura Rezeki Malaysia.

0 Komentar untuk " Garam bangkit aura 'Jiwai Aura mu' "