SARAF yang sihat adalah penting bagi kita menikmati kebebasan bergerak serta mengalami sensasi penglihatan, bunyi, sentuhan dan rasa.
Walaupun kebanyakan orang sedar akan kepentingan kombinasi gaya hidup sihat, senaman yang berterusan, dan diet seimbang, namun, ramai yang tidak sedar bahawa saraf yang sihat turut memainkan peranan penting untuk menjamin kesejahteraan kita.
Sebenarnya, banyak rungutan mengenai rasa sakit serta ketidakselesaan berpunca daripada saraf yang tidak sihat. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Merck di Lembah Klang pada tahun lepas, satu daripada dua subjek yang berumur 21 tahun dan ke atas menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf seperti kesemutan, kesakitan mencucuk, rasa kebas, dan sensasi terbakar pada anggota badan mereka.
Selain itu, pemeriksaan saraf yang dijalankan ke atas lebih 13,000 individu di seluruh negara pada tahun lepas juga menunjukkan 27 peratus daripada mereka berada di pinggir diagnosis neuropati, manakala 26 peratus daripada mereka didapati menghadapi kerosakan saraf.
Kebanyakan peserta tinjauan tersebut menyangka kesakitan serta ketidakselesaan yang dirasai berpunca daripada tekanan yang berkaitan dengan gaya hidup atau pekerjaan mereka. Bagaimanapun, mereka tidak sedar bahawa mereka mungkin sedang menderita neuropati, iaitu kerosakan saraf.
Demi mewujudkan kesedaran terhadap neuropati, Merck telah menganjurkan satu taklimat untuk berkongsi mengenai kesan kerosakan saraf yang tidak dirawat.
Profesor Dr. Goh Khean Jin, doktor pakar saraf dari Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, saraf berfungsi seperti penghantar yang menghubungkan otak ke seluruh badan.
“Saraf memberi kesan kepada setiap pergerakan dan sensasi dalam badan kita, yang turut merangkumi pelbagai fungsi tidak terkawal seperti denyutan jantung, pencernaan dan pernafasan. Hanya saraf yang sihat membolehkan seseorang bergerak secara bebas. Jika saraf kita rosak, kemampuan deria serta pergerakan kita akan terjejas,” katanya.
Neuropati yang menjejaskan saraf kita berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik, penuaaan, masalah metabolisme, trauma fizikal, jangkitan, nutrisi tidak seimbang, gaya hidup, serta diabetes yang merupakan punca biasa kerosakan saraf. Faktor-faktor lain termasuk kekurangan vitamin-vitamin B, amalan merokok, pengambilan minuman keras, pendedahan kepada toksin serta pelbagai penyakit yang menyebabkan keradangan saraf yang kronik.
Simptom-simptom kerosakan saraf termasuk kesemutan dan rasa kebas pada tangan atau kaki, yang seterusnya menyebabkan keadaan sensitif terhadap sentuhan, kesakitan yang pedih atau mencucuk, kesukaran merasai panas atau sejuk, serta kehilangan sensasi.
Gaya hidup yang merosakkan saraf
Sebenarnya, kita semua berdepan risiko kerosakan saraf kerana gaya hidup serta aktiviti-aktiviti seharian kita dapat meningkatkan faktor-faktor risikonya.
Terdapat banyak punca gaya hidup seharian kita yang dapat meningkatkan risiko kerosakan saraf, misalnya duduk terlalu lama di pejabat, atau terperangkap terlalu lama dalam kesesakan lalu-lintas. Aktiviti-aktiviti berulangan seperti menaip dan memasak juga mampu menyebabkan kerosakan saraf. Tambahan pula, postur yang tidak betul, pakaian yang terlalu ketat, serta kegemukan juga dapat menyebabkan tekanan pada saraf.
Kebiasaannya, penghidap diabetes lebih sedar akan risiko kerosakan saraf kerana paras gula yang tinggi dalam darah mereka mampu merosakkan saraf. Tetapi, mereka yang tidak menghidap diabetes cenderung memandang enteng kesakitan yang dialami kerana ia tidak menjejaskan kehidupan mereka secara signifikan.
“Kita patut memberi perhatian kepada ketidakselesaan yang dialami – kesemutan, kesakitan mencucuk, pedih atau sensasi terbakar. Semua ketidakselesaan ini adalah cara badan anda memaklumkan kepada anda sebarang masalah yang memerlukan pemeriksaan.
Jangan sesekali memandang ringan ketidakselesaan yang dialami. Anda patut berbincang dengan doktor,” kata Dr. Mohamed Haniff Merican, doktor dari Merican Dispensary, Melaka, yang turut menghadiri taklimat tersebut.
Dr Mohamed Haniff menambah, senaman sederhana, gaya hidup yang sihat, dan diet seimbang yang kaya dengan vitamin-vitamin B merupakan antara langkah penting ke arah saraf yang sihat, selain menggelakkan keadaan tidak aktif dan aktiviti-aktiviti yang berulangan secara berpanjangan, di samping menghadiri kunjungan susulan ke doktor jika menghidap diabetes.
Kepentingan vitamin-vitamin B
Perkara yang terpenting dalam penjagaan kesihatan saraf adalah pengambilan vitamin-vitamin neurotropik, yakni vitamin, B1, B6 dan B12, yang penting untuk mengekalkan kesihatan saraf serta berfungsi secara kolektif untuk merawat atau memperlahankan neuropati.
Vitamin-vitamin B menyihatkan dan melindungi sel-sel saraf, sekali gus mempertingkatkan fungsi sel-sel tersebut dan melegakan kesakitan. Vitamin B1 menguatkan saraf dan berfungsi sebagai sumber tenaga bagi saraf, manakala vitamin B6 menggalakkan penghantaran impuls saraf dan membantu melegakan kesakitan. Vitamin B12 pula dapat memulihkan saraf dan mengelakkan sel-sel saraf daripada rosak dan amat penting untuk kesihatan saraf keseluruhan.
“Keputusan tinjauan kesihatan saraf yang kami jalankan jelas menunjukkan ramai yang berdepan tanda-tanda awal kerosakan saraf. Bagaimanapun, disebabkan kesedaran terhadap neuropati masih agak rendah, ramai tidak mengaitkan simptom-simptom yang dialami dengan masalah ini. Gaya hidup hari ini yang cepat lagi sibuk juga telah menyumbang kepada kerosakan saraf. Biarpun demikian, kesakitan yang dialami sering dipandang ringan dan dianggap biasa. Mereka tidak sedar di sebalik simptom-simptom serta kesakitan yang dialami tersembunyi masalah kesihatan yang lebih besar,” kata Richard Lee, Pengurus Besar Bahagian Kesihatan Pengguna Merck di Malaysia.
Menerusi penerapan kesedaran mengenai kepentingan kombinasi vitamin B1, B6 dan B12, Merck membantu rakyat Malaysia melangkah ke arah kehidupan tanpa kesakitan.

0 Komentar untuk " Saraf sihat hidup harmoni "