MUNGKIN kita biasa melihat bedak sejuk dalam bentuk ketulan kecil yang comel dan kemudian dititiskan air lalu ditempek di muka bagi mendapatkan kulit yang halus.
Tetapi, peredaran masa berserta pemikiran inovatif dalam mencari kelainan untuk menarik pelanggan membelinya, mendorong seorang usahawan separuh masa, Fathin Fazila Razali, 23, menghasilkan bedak sejuk dalam bentuk serbuk.
Menariknya, bedak sejuk yang dijual dalam bentuk serbuk ini dihasilkan sendiri dengan bermodalkan RM200 sahaja di awal perniagaan menggunakan beras, kunyit, herba dan daun pandan.
Menurut anak kelahiran Sarawak ini, bedak sejuk yang dihasilkannya berlainan daripada yang berada di pasaran memandangkan ia dicampur herba dan kunyit.
“Herba yang saya gunakan hanya terdapat di Sarawak sahaja kerana semasa saya belajar di Bangi, saya pernah mencarinya tetapi gagal menemuinya.
“Kebiasaannya orang akan menggunakan kayu manis untuk di campur dalam bedak sejuk tetapi saya dapati tidak semua wajah sesuai dengannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menggunakan nama Bedak Sejuk Homemade, pemilik laman sosial Instagram @sakura_puteri_home ini berkata, bedak sejuk dua dalam satu keluarannya sesuai dijadikan sebagai masker muka dan badan.
“Bukan sekadar merawat masalah wajah, bedak sejuk juga mampu menjadikan badan kita segar, membuang daki-daki, menghilangkan bau badan dan kaki, memutihkan ketiak dan menghilangkan parut-parut halus.
“Saya sendiri juga tidak menyangka bila ada beberapa orang ibu menghubungi saya untuk mendapatkan Bedak Sejuk Homemade bagi bayi mereka yang mengalami ruam. Ini menunjukkan bahawa ia sesuai untuk semua lapisan umur,” katanya.
Bentuk serbuk menjimatkan
Ditanya mengapa menjual bedak sejuk dalam bentuk serbuk, Fathin Fazila berkata, selepas kajian dilakukannya menggunakan bedak sejuk berbentuk dan serbuk, dia mendapati bedak sejuk serbuk mampu mengekalkan bau herba dan haruman pandan yang kuat.
“Walaupun pada mulanya rasa pelik menjual bedak sejuk dalam bentuk serbuk, tetapi saya beranikan juga kerana tahu jika dihasilkan dalam bentuk bedak sejuk biasa hasilnya kurang memuaskan bagi kali pertama pemakaian.
“Jadi saya kekalkan ia dalam bentuk serbuk supaya apabila pelanggan melumurkan bedak sejuk tersebut mereka akan menikmati bau tradisional yang datangnya dari bauan herba dan pandan,” katanya.
Menurutnya, bedak sejuk dalam bentuk serbuk juga amat menjimatkan selain mampu digunakan untuk tempoh lama.
“Pelanggan yang menggunakan Bedak Sejuk Homemade saya, hanya memerlukan sesudu kecil sahaja dan kemudian dicampurkan sedikit air lalu dilumurkan seluruh wajah dan dibiarkan 30 minit sebelum dibilas dengan air.
“Untuk sebekas bedak sejuk seberat 150 gram yang saya jual kebiasaannya mengambil masa antara dua hingga tiga bulan untuk dihabiskan dan inilah tujuan saya hasilkannya untuk membantu remaja di luar sana berjimat tanpa perlu membeli produk kecantikan yang mahal,” katanya.
300 set bedak sejuk dijual setiap bulan
Dari segi jualan pula, Fathin Fazila berkata, di awal perniagaannya sambutan agak kurang memberangsangkan di mana dalam sehari hanya menerima tiga hingga lima tempahan sahaja.
“Walaupun sedikit, saya tidak mengalah kerana setiap hari saya akan belajar berniaga dari pengalaman yang dilalui selain berfikir apa penambahbaikan yang perlu saya lakukan setiap hari.
“Alhamdulillah setelah genap setahun saya berniaga, kini saya boleh menjual sekurang-kurangnya 10 set Bedak Sejuk Homemade dan secara kasar 300 set jualan setiap bulan,” katanya.
Selain wanita, bedak sejuk keluaran Fathin Fazila juga turut dibeli golongan lelaki dalam merawat masalah kulit mereka.
“Saya menjual bedak sejuk hanya melalui laman sosial dan menerima tempahan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram sahaja memandangkan saya bekerja di siang hari.
“Dari segi harga pula, harga yang ditawarkan adalah berpatutan bermula RM10 hingga RM30 mengikut berat dan pakej yang ditawarkan,” katanya.

0 Komentar untuk " Inovasi moden bedak sejuk serbuk "